Jaminan Mahathir Pada Sidang Dewan Rakyat


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tiada sekatan dalam sesi perbahasan di parlimen yang akan bermula esok.

"Kita akan tengok esok macam mana. Kita ada dasar iaitu tiada sekatan. Apa-apa yang nak cakap, boleh cakap," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ketika ditanya tentang rang undang-undang apa yang akan dibentangkan kerajaan esok, Dr Mahathir berkata beliau belum melihat rang undang-undang berkenaan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan Dewan Rakyat memansuhkan GST.

"Kita kini sudah ada GST sifar jadi apa yang kita perlu pastikan adalah parlimen memansuhkan undang-undang itu," katanya.

Beliau turut menepis kritikan terhadap SST yang dijangka akan menggantikan SST bermula September.

"(Dengan SST) jika tidak beli, tak perlu bayar (cukai). Sedangkan GST merupakan cukai pada sumber, sama ada beli atau tidak, semua harga akan naik," katanya.

Terdapat pertikaian terhadap SST selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan semalam bahawa kadar SST adalah 10 peratus untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan.

Pengguna media sosial dilihat menyatakan kebimbangan ia akan menyebabkan harga barang naik lebih tinggi berbanding ketika di bawah GST, iaitu enam peratus untuk barang dan perkhidmatan.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments