Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika menjadi gabenor Bank Negara sedar tentang Rm2.6 bilion dalam akaunnya sebelum PRU 2013, tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.
"Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya. Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini minggu lalu.
Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, Najib menjawab:
"Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka semuanya baik."
Sumber : MK
0 Comments