Sungguh memalukan apabila mereka yang begitu lunak dibibir bercakap perihal kebaikan islam tetapi menuduh sesama islam dengan tuduhan melampau seolah tempat politik yang dipertandingkan adalah kawasan hitam penuh dengan tahi LGBT. Adakah itu yang dikatakan politik matang.

PAS seolah sudah terlena dengan cara dakyah BN dalam cuba mempromosikan diri dalam politik. Adakah dengan mendakwa melawan Darul LGBT merujuk kepada seluruh rakyat selangor atau merujuk kepada institusi pentadbiran agama selangor yang diterajui sultan selangor sendiri.

Berpolitiklah secara sihat dan hebahkan kemurniaan islam. Bukannya mengutuk untuk menarik perhatian semata-mata.

Nik nazmi melaui twitter menyatakan persoalan apakah tujuan tulisan tersebut dibuat dan kepada siapakah ia ditujukan..


Sumber : Harakah