Penantian Kepulangan Musa Aman Mesti Menghiburkan...


Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman akan balik ke tanah air selepas menerima rawatan di Hospital The Coementine Churchill, London.

Mohd. Joh bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh khusus bila Musa akan kembali ke negara ini.

Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain, inilah perumpamaan tentang kepulangan Tan Sri Musa Aman ke tanah air setelah menerima rawatan di The Clementine Churchill Hospital, London.
Beliau telah membuat keputusan akan kembali ke tanah air walaupun tindakan ini bertentangan dengan nasihat doktor pakar yang merawat beliau di sana, katanya melalui akaun Facebook miliknya.

Musa yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dalam pilihan raya umum Mei lalu diberi tempoh sehingga 11 September depan untuk mengangkat sumpah jika tidak kemenangannya terbatal.

Selain masih gagal mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat, beliau turut dicari oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis membabitkan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Mohd. Joh berkata, Musa tidak pernah sesekali melarikan diri sebaliknya beliau ke luar negara kerana memerlukan rawatan.

Setelah isu perlantikan Ketua Menteri yang lalu, beliau merasa inilah masa yang sesuai untuk beliau berehat dan menerima rawatan yang terbaik untuk kesihatannya.
Kini, tiba masanya dia akan pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri tanpa paksaan mana-mana pihak, katanya.

Sementara itu, Mohd. Joh telah berkongsi sekeping gambar di dalam Facebook beliau menunjukkan Musa sedang terbaring dan mendapat bantuan daripada kakitangan perubatan di hospital berkenaan.

Turut kelihatan ialah anak beliau, Yamani Hafez yang turut belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang selepas menang dalam pilihan raya umum lalu.

Sumber :  Utusan

Post a Comment

0 Comments