Rakyat Turki Protest US - Hancurkan iPhone


Presiden Erdogan berkata Turki akan mula memboikot iPhone sebagai tanda protes ke atas sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Beliau menyarankan rakyat Turki untuk beralih kepada peranti keluaran tempatan ataupun Samsung. Saranan beliau mula mendapat sambutan dari rakyat Turki yang memusnahkan iPhone dan meletakkan video di media sosial.

Terdapat video iPhone dihentam sehingga hancur menggunakan tukul dan dibakar. Ini dilihat sebagai tindakan patriotik yang diambil selepas ekonomi Turki terjejas akibat sekatan dan tarif tinggi yang dikenakan oleh Washington ke atas Angkara. Selain iPhone, minuman Coca Cola dan restoran makanan segera seperti McDonald’s juga diboikot.

Tindakan yang diambil rakyat Turki ini sama seperti yang berlaku di China pada tahun 2016 dimana iPhone turut dimusnahkan. Pada waktu tersebut panggilan memboikot iPhone dilakukan kerana Amerika Syarikat memberikan amaran kepada China supaya tidak membina pangkalan tentera di perairan Laut China Selatan.



Sumber : Amanz

Post a Comment

0 Comments