Kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tidak boleh dianggap sebagai golongan yang menghadapi penyakit mental.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata jika diteliti golongan ini, kelakuan mereka dilihat berpunca daripada perubahan hormon di dalam otak mereka.

"Daripada ujian Pengimejan Resonans Magnet (MRI), ditunjukkan ada perubahan fizikal di dalam otak mereka. Ia tidak boleh dianggap sebagai satu penyakit tetapi satu aberration (penyimpangan) daripada yang biasa," katanya di Dewan Rakyat pada hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Amzad Hashim (Pas - Kuala Terengganu) tentang adakah kumpulan LGBT dianggap sebagai satu masalah mental.

Sumber : AstroAwani