14000 Lesen Terbang!! 12 Pegawai JPJ Ditahan!!


Pihak berkuasa menahan seramai 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk seorang timbalan pengarah, dipercayai terlibat dalam pengeluaran dan penjualan lesen memandu haram.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tangkapan itu susulan operasi bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula pada 4 Sept lalu.

Sebanyak 14,000 lesen terbang dipercayai telah dikeluarkan sejak dua tahun lalu, kata menteri itu pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Pegawai yang ditangkap adalah dari JPJ di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Siasatan awal menunjukkan sistem JPJ bagi prosedur pemandu asing disalahgunakan untuk memasukkan maklumat palsu dan menghasilkan lesen haram, kata Loke.

Beliau menambah pembeli lesen haram berkenaan merasuah pegawai untuk mendapatkan lesen tanpa menghadiri kelas atau ujian memandu.

Loke menggesa mereka yang telah membeli lesen haram itu untuk mengemukakan dokumen itu secara sukarela dalam tempoh sebulan, dan sekiranya gagal mereka boleh didakwa dan dikenakan denda RM5,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Sumber : MK

Post a Comment

0 Comments