Dulu Tak Kena GST, Lepas Ni Akan Kena SST.. Sedaplah Geng Tepuk...

Walaupun lebih banyak dijangka akan ditambah dalam senarai pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan juga mengkaji barangan yang dikecualikan cukai sebelum ini untuk dimasukkan kembali ke dalam sistem percukaian.

Sebagai contoh, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, abalone yang tidak termasuk dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini mungkin akan disenaraikan di bawah barangan yang dikenakan cukai bawah SST.

“Kita memikirkan untuk memperkenalkan beberapa senarai (barangan untuk disenaraikan dalam SST) yang sebelum ini dikecualikan (cukai),” 

Terdahulu, Guan Eng berkata, lebih 5,000 item dikecualikan SST akan diperluaskan, yang mana 10 kali ganda berbanding 500 item dikecualikan di bawah GST.

Beliau berkata, walaupun jumlah perniagaan yang berdaftar dengan SST sudah mencapai 100,000 dan dijangka bertambah, ia tidak akan mencapai sehingga 400,000 seperti GST.

“Matlamatnya adalah untuk menawarkan yang lebih baik bagi pemilik perniagaan dan pengguna... jadi, kami berharap peniaga boleh mengurangkan harga kerana mereka dapat berjimat lebih banyak sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH) berbeza dengan kerajaan terdahulu termasuk mengadakan siri jelajah bagi memberi taklimat berhubung pelaksanaan SST supaya lebih difahami.

“Kami adalah kerajaan yang mendengar (pandangan rakyat), malah saya datang ke Sabah dua kali (termasuk taklimat pertama sebelum ini). Ini menunjukkan betapa pentingnya Sabah kepada kita,” katanya sambil menambah 44 soalan bertulis dikumpul dalam sesi tiga jam hari ini.

Mengenai permintaan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Seri Wong Khen Thau ketika dialog untuk memotong separuh cukai SST di negeri ini, beliau berkata, Sabah sebagai rakan kongsi bermaksud negeri ini mempunyai kewajipan sama seperti negeri lain.

“Saya fikir apa yang rakyat Sabah inginkan adalah sistem yang adil,” katanya.

Sumber : BH

Post a Comment

2 Comments

  1. Bau hancing nak bertambah me woiii. Hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. pagi petang siang malam la duk ratib tepuk tepuk lepas ni

    ReplyDelete