Nasib 36000 Guru KAFA.....

Satu berita yang menarik untuk guru KAFA yang sebelum ini terpaksa menunggu nasib samada akan disambung jawatan ataupun tidak. Malah mereka juga banyak dipergunakan untuk tujuan politik, dan hari ini mereka telah terbela untuk diserap kepada jawatan guru tetap.

Semestinya ia memerlukan tapisan menyeluruh supaya guru KAFA yang diserap nanti adalah guru yang terbaik untuk mencurah ilmu kepada pelajar. Melalui FMT, Mujahid menyatakan :

Hampir 40% guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan ditapis sebelum diserap menjadi penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Kerajaan berhasrat meningkatkan status kira-kira 36,000 guru Kafa ke jawatan tetap, tetapi proses itu mengambil masa dan tidak boleh dilakukan secara automatik.

Tapisan itu perlu kerana berdasarkan maklum balas, ada guru yang tidak menunjukkan prestasi baik dan ada pula yang dilantik melalui politik, jadi peranan mereka perlu dikaji semula.

“Kita terpaksa melihat dulu dia punya prestasi…kelayakannya dan hasrat itu telah dinyatakan oleh timbalan saya (Fuziah Salleh). Kita harap hujung tahun ini kita sudah ada kaedah bagaimana untuk serapkan guru Kafa ini ke jawatan tetap. Kita anggarkan dalam 30% ke 40% guru Kafa terpaksa kita tapis lagi,” 


Post a Comment

1 Comments

  1. berpuluh tahun umno memerintah... PH jugak bantu KAFA...

    ReplyDelete