Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee yakin tindakannya menyerbu sebuah stor baja adalah relevan serta selari dengan kehendak rakyat Melaka yang mahukan perubahan.
Menurutnya, sebagai seorang Adun, beliau bukan sahaja berkhidmat untuk rakyat tetapi juga untuk tidak melindungi kesalahan yang disyaki dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu.
Katanya, beliau bukan mahu diangkat sebagai seorang wira tetapi mahu menjadi seorang pemimpin beramanah dan berintegriti.
“Mana mungkin saya berdiam diri melihat satu kemungkaran hasil tangan dinasti terdahulu. Setiap kemungkaran ini perlu diperbetulkan supaya tidak menjadi barah.
“Jika dengan cara membuktikan kebenaran ini saya ditohmah sebagai zalim, jahat, berhati busuk, gila kuasa atau besar kepala, saya terima dan redha,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas serta menjelaskan persepsi negatif yang dilemparkan kepadanya apabila video serbuan ke atas stor baja di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Rabu lalu tular di media sosial.
Ekoran penularan video berkenaan, beliau telah didakwa sebagai bertindak ala samseng serta biadab ketika serbuan berkenaan.
Mengulas lanjut insiden, Norhizam berkata, beliau sendiri telah ke lokasi itu bagi memastikan kesahihan dakwaan penduduk kampung mengenai kewujudan baja subsidi yang disimpan di dalam stor berkenaan.
Bagaimanapun, menurutnya, kehadiran beliau bersama beberapa anggota polis telah disambut dengan provokasi oleh seorang lelaki yang didakwa mengaku sebagai anak pemilik barangan dalam stor berkenaan.
“Dengan nada yang kasar dan intonasi suara tinggi, beliau mendakwa tanah itu ‘tanah milik orang kampung’ dan saya tiada hak ke atas tanah serta barang dalam stor berkenaan.
“Ini adalah salah dan bercanggah dengan pengesahan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Jasin yang sebelum ini mengesahkan tanah itu sebagai milik mutlak kerajaan negeri,” katanya.
Katanya, selepas menunggu selama tujuh jam dalam hujan, stor berkenaan berjaya dibuka pihak polis dengan bantuan orang kampung jam 5.30 pagi.
Jelasnya, kelihatan kelihatan lebih 300 kampit baja dipercayai baja subsidi ditempatkan di dalam stor itu.
Menurut Norhizam, pemantauan dan tindakan beliau bermula ekoran aduan lisan penduduk kampung mengenai status tanah serta status sebenar dua kolam dipercayai untuk ternakan Ikan air tawar yang dikorek pada awal Ogos.
Ekoran aduan berkenaan, katanya, beliau bersama beberapa pegawai PTG Jasin serta pegawai Pejabat Daerah Jasin dan wakil penduduk kampung telah meninjau ke lokasi terbabit pada 27 dan 28 Ogos lalu.
Dakwanya, setibanya di lokasi terbabit, beliau mendapati dua kolam telah dikorek dan dijaga tiga lelaki Indonesia yang ketika itu sedang membina pagar di sekeliling kolam terbabit, di atas tanah yang sepatutnya dibangunkan penanaman padi beras wangi.
“Dari pelan ditunjukkan pegawai PTG, terbukti tanah adalah milik kerajaan negeri, di mana tiada individu berhak melakukan apa sahaja, termasuk menumpang barang atau peralatan tanpa kebenaran PTG.
“PTG turut sahkan sehingga tarikh pemantauan saya pada 27 dan 28 Ogos, tiada permohonan daripada mana-mana individu untuk melakukan apa-apa binaan atau secara budi bicara menumpang barang di tanah terbabit diterima mereka,” katanya.
Sumber : SH
3 Comments
Yg ni macai BNpas akan diam
ReplyDeleteMampus Umno Melaka kaki curi subsidi macam Najib. Jenis Melayu lahabau.
ReplyDeletePatutlah terus diam macai UMNOPAS
ReplyDelete