Sedarlah PAS, Jangan Bongkak & Hentikan Provokasi Kaum & Agama

Ada 2 PRK besar, satu di kawasan majoriti cina dan satu lagi di kawasan majoriti melayu. PAS bergabung bersama UMNO dan juga terpengaruh dengan dakyah politik UMNO. Hasilnya, MCA kecundang teruk walaupun dibantu pengundi PAS.

Di kawasan majoriti melayu, walaupun peratusan keluar mengundi hanya 44% tetapi calon HARAPAN menang dengan majoriti selesa. Sekali lagi gabungan pas dan umno ditolak oleh majoriti rakyat.

PAS yang asalnya berpaksi tonggak islam dilihat hanyut dengan isu sentimen murahan seperti LGBT dan MELAYU. Apakah dengan 44% pengundi tersebut, adakah pengundi PAS dan UMNO enggan keluar mengundi. Bukankah mereka mempromosi untuk protest kerajaan persekutuan. Jika peratusan mengundi melebihi 60%, semestinya HARAPAN boleh menang dengan majoriti lebih besar.

Kami percaya pengundi atas pagar kekal melihat perkembangab politik dan hanya membiarkan pengundi fanatik untuk keluar mengundi. Hasilnya, HARAPAN kekal mendapat sokongan tetapi keputusan tersebut boleh berubah pada PRU15 kerana peratusan pengundi atas pagar agak tinggi.

Malaysiakini melaporkan kenyataan pengarah pilihanraya PAS dan apa yang kami dapat simpulkan, PAS hilang strategi dan buntu menagih sokongan. Mereka kekal dengan kenyataan bongkak seperti pru14 yang menyatakan mampu menjadi king maker.


Dibawah kenyataan PAS dari malaysiakini :

PAS berpendapat keputusan yang dicapai Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia semalam masih tidak mencerminkan realiti kehendak 53,592 pengundi di kawasan berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata hal itu kerana kemenangan dicapai Pakatan Harapan (HARAPAN) dicapai melalui undian hanya 44 peratus.

Katanya keputusan yang diperolehi juga menunjukkan ada sisi positif begitu ketara dialami PAS, seperti jumlah undi popular yang diberikan kepada parti itu melonkak tinggi dan keadaan sebaliknya dialami HARAPAN iaitu merosot 8 peratus.

"Berdasarkan keputusan di peringkat saluran mengundi, PAS kembali memenangi keyakinan anak-anak muda khasnya di kalangan pengundi Melayu.

"PAS juga kali ini menang di empat unit peti undi berbanding tidak ada satu pun semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

PAS menurunkan bekas exco Dr Halimah Ali untuk cuba merampas kerusi DUN Seri Setia yang sebelum ini dimenangi HARAPAN.

Hasil undian semalam calon HARAPAN Halimey Abu Bakar mempertahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 4,027 undi. Dia mendapat 13,725 undi berbanding Halimah 9,698 undi dan undi ditolak sebanyak 164.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tidak mustahil amanah akan mengambil alih PAS pd satu hari nanti. Cpt2 la umno pas kahwin

    ReplyDelete
  2. Kalau menang peti undi tu boleh jadi wakil peti undi ler. Dapat menang 4 peti undi jadi Wakil 4 Peti Undi tanpa elaun. Selamat bertugas YB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti depa bising. Peruntukan 4 peti undi tidak diagih kerajaan negeri selangor

      Delete
  3. PAS & Umno kena jujur dlm hasil kajian postmortem, jangan luah utk sedapkan hati..kalau tak berubah sampai bila2 dok tangtuuu laa. Ikhlas dr Abah.

    ReplyDelete
  4. Melihat dari hasil 3 PRK, jelas sekali bahawa pengundi2 dah selesa dgn PH. Kemenangan PH dalam PRK2 itu nyata menolak tohmahan UMNO dan PAS konon2nya ada gelombang penolakan rakyat keatas PH. Jika benar gelombang itu wujud, sudah tentulah dapat dilihat dalam peratusan lebih tinggi pengundi yang keluar dan gabungan PAS dan UMNO semestinya mendapat kemenangan walaupun tipis.

    Kekalahan PAS dan UMNO serta tertiarapnya MCA dalam PRK2 itu membuktikan bahawa segala tohmahan kononnya rakyat menolak PH, tidak berlaku. Peratusan keluar mengundi yang rendah hanya menunjukkan bahawa pengundi2 sudah selesa dengan PH dan tidak teruja untuk menukar kerajaan mahupun membuat undi protes. Apa yang nyata, gabungan PAS dan UMNO masih lagi ditolak oleh rakyat malah sebahagian besar ahli2 parti2 tersebut juga menolak gabungan itu. Dengan prestasi 0-3, gabungan PAS UMNO jelas tidak mampu menawarkan alternatif yang nyata kpd PH.

    Berkemungkinan besar, gabungan PAS UMNO ini dibuat lebih atas dasar keterdesakan dari keperluan. Ia mungkin strategi yang amat berani tetapi dalam menggunakan strategi terdesak ini kedua2 PAS dan UMNO mendedahkan parti mereka kpd penolakan ahli secara besar2an dan membuahkan konflik dalaman yang teruk. PAS dan UMNO telah memperjudikan prinsip2 mereka dengan menggunakan strategi ini dengan hasrat mencipta kejayaan. Walaubagaimana pun dengan kekalahan yang dialami berturut2, besar kemungkinan PAS dan UMNO sama2 akan mengalami kerugian jangka masa panjang apabila strategi ini ditolak secara total oleh sebahagian besar ahli2 mereka.

    Inilah yang dikatakan sebagai "too little too late". Strategi ini mungkin boleh membawa kesan yang positif jka dilakukan dalam PRU14 tetapi di zaman BN tewas dan ditolak rakyat serta munculnya semangat Malaysia baharu dalam jiwa rakyat, strategi ini mungkin makan tuan. Pemimpin2 PAS dan UMNO seharusnya bersiap sedia dengan kemungkinan mereka kehilangan jawatan dalam parti akibat dari penolakan ini. Memperjudikan prinsip2 parti demi untuk meraih kemenangan kecil dalam PRK Dun adalah tindakan yang sangat tidak bijak, berani tetapi sangat tidak bijak.

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Ahli Pas akar umbi Kelantan akan undi protes jika ada PRK di Kelantan. Ini jangkaan yang paling positif sebab sudah berlaku taboo politik terbesar di negeri Cik Siti Wan Kembang.

    Sistem 1 parti yang Pas Umno amalkan kini akan ditolak secara total oleh lebih 60% pengundi totok mereka. PRU15 jika mereka gagal bergabung lebih awal... kesan undi protes pengundi totok akan jadi lebih tidak terkawal. Pengundi atas pagar pula sudah menyesal bila Umno - Pas gagal berperanan sebagai pembangkang berkesan.

    ReplyDelete