Selepas PAS Gagal King Maker PRU14, Ini Statement Paling Pening


Sebelum PRU14, PAS dengan angkuh mahu menjadi King Maker dalam pembentukan malaysia. PAS begitu taksub menyebarkan dakyah melayu islam seperti dakyah BN. Tidak cukup dengan itu, segala kepincangan 1MDB, PAS hanya memberi jawapan "Puas Hati".

Mungkin PAS lupa, Tuhan juga merancang supaya kita sedar kedudukan kita dan kenapa Tuhan tidak memenangkan kita. PAS bertanding PRU14 dengan harapan mereka mampu menumbangkan BN dan menjadi kerajaan. Mereka membuat demostrasi RUU355, perhimpunan raksasa hijau, tetapi semua itu tidak mampu menarik sokongan majority rakyat. Akhirnya rakyat menolak PAS dan BN pada PRU14. Buat kali pertama PAKATAN HARAPAN memerintah negara.

Hari ini, melalui malaysiakini Pas menyatakan jika pemimpin Umno mendakwa orang Melayu sudah kehilangan kuasa di negara ini sejak 9 Mei lalu, PAS pula melihat suasana semasa lebih parah.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Sallehen Mukhyi berkata parti itu berpendapat negara ini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang "sangat baik" apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya. 

[ Jika kerajaan terdahulu sangat baik, kenapa PAS bertanding lawan kerajaan baik pada PRU14..]

“Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.

"(Kita) ingatkan (sangka) apabila mereka (HARAPAN) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah HARAPAN, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.

"Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya pada sidang media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam, hari ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pening ke gila parti Lebai sekarang? Macam dah tak betul saja.

    ReplyDelete
  2. Sesiapa menyeleweng Dari kebenaran mereka Akan kehilangan arah

    ReplyDelete