Bahasa mudah, Zaid meminta kerajaan untuk memberi pelepasan kepada golongan islam liberal yang hanya memperjuangkan agama demi kebebasan nafsu yang terpahat dalam minda. Zaid seperti menambahkan lagi cubaan untuk meningkatkan pemikiran liberal. Apabila ia menjadi satu perkara normal, tidak mustahil minum arak, berjudi menjadi perkara biasa.
Persoalannya, adakah pencegahan dibuat untuk mereka beragama islam tidak boleh bekerja di pusat judi terutama genting dan kedai menjual arak. Jika pencegahan dibuat, apakah terdapat alternatif untuk perkara pencegahan tersebut. Untuk memastikan masyarakat muslim mendapat alternatif kerja yang bebas dosa.
Astro Awani | Kerajaan dicadang untuk memberi lesen pusat judi dan penjualan alkohol kepada Bumiputera supaya mereka dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.
Cadangan ini dibuat oleh bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim menerusi sebuah posting di blognya, www.zaid.my.
Katanya, dasar kerajaan yang selama ini tidak membenarkan orang Melayu menceburi perniagaan sedemikian merupakan faktor utama mereka ketinggalan.
"Kenapa tidak beri lesen kepada Bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?
"Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta.
"Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi kaum lain dari segi ekonomi?" soalnya.
Tambah Zaid, perniagaan seperti ini telah memberi peluang kepada kaum Cina untuk melabur dalam bidang hartanah, sekaligus meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Disebabkan itu, Zaid mempersoalkan mengapa orang Melayu tidak diberikan peluang yang sama agar mereka juga mampu membeli rumah atau memiliki tanah sendiri.
"Perniagaan ini berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?
"Tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara. Tugas kerajaan bukan untuk memastikan orang Melayu masuk syurga," katanya.
Katanya lagi, beliau akan menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan Bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal.
"Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata.
"Tidak masuk akal kita boleh terima kasino besar di Genting dan menganggapnya 'kurang berdosa' tapi menghalang kasino kecil di tempat lain.
"Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi," tambahnya.
3 Comments
Punah teruk dh mamat ni. Sejak dgn DAP mcm makin teruk. Patut DAP buang jer dia ni.
ReplyDeleteSetuju, amat bodoh.
ReplyDeletePadan lah dia politikus yang dah hilang kedudukan.
Cabut dari Umno, masuk PKR, cabut lagi, tubuh parti sendiri, orang di parti yang dia tubuhkan pun tak mahukan dia, kemudian cabut juga.
kalau kerajaan ikut apa dia kata. konfem PRU15 PH takkan dpt lagi memerintah
Delete