Pejuang Islam Memperjuangkan Bangsa

Kalau dia india islam, adakah dia akan tersisih. Kalau dia cina islam, adakah dia akan tersisih. Apakah hak tersebut menjaga islam sebagai agama untuk semua bangsa. Bila islam dipergunakan untuk politik, mereka bebas mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan.

FMT | PAS Kelantan kekal dengan pendirian mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga naib presiden PAS berkata walaupun kerajaan negeri belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), namun kekal dengan pendirian mereka memperjuangkan hak orang Melayu.

“Secara rasmi kita belum bincang tetapi pendirian kita selama ini kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara terutama membabitkan Perkara 152, Perkara 59 dan lain-lain (berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu).

“Jadi ini pendirian kita selama ini. Kita mempertahankan perkara ini sejak dahulu lagi kerana tanah ini milik orang Melayu. Orang India ada benua India, orang Cina ada benua China, maka tanah Melayu untuk orang Melayu,” katanya.

Post a Comment

0 Comments