DoctorOnCall | Salam doktor, saya seorang wanita berumur 35 tahun. Saya sudah berkahwin selama 15 tahun. Saya ada 3 orang anak beranak berumur 10 tahun, 7 tahun dan 2 tahun. Saya mengalami masalah air kencing berbuih sejak 1 minggu dan sakit perut di bahagian bawah perut. Saya juga ada sakit belakang sejak 1 minggu. Saya tidak dapat membonggok untuk mengambil barang dari lantai ataupun mengangkat anak saya. Sakit tersebut bertambah teruk setiap pagi bila saya bangun dari tidur.
Saya selalu tidak dapat minum air sepanjang hari kerana kerja saya selalu sibuk sejak 2 bulan ini.
Kencing saya juga berbau busuk sejak 3 hari lepas. Saya pernah mengalami masalah yang sama bila saya mengandung dengan anak yang ketiga tetapi masa itu mereka berkata bahawa air kencing saya kotor dan saya diberi ubat antibiotik selama satu minggu. Selepas masa itu sekarang sahaja saya mengalaminya sekali lagi.Ada sesetengah artikel yang mengatakan bahawa air kening berbuih adalah tanda hamil. Adakah saya mengandung?
Ayah saya pernah mengalami masalah air kencing berbuih dan dia didiagnosi dengan masalah buah pinggang dan terpaksa mengalami dialisis. Apakah punca air kencing berbuih dan apakah cara mengatasi air kencing berbuih?
Jawapan Doktor Dr M Ramzdhan
Salam puan, saya akan menjawab soalan puan. Pada masa ini puan tidak perlu panik. Saya akan jelaskan sedikit sebahagian mengenai air kencing berbuih (Foamy Urine). Air kencing berbuih adalah satu keadaan yang dianggapi bermasalah tetapi selalunya adalah normal.
Mengeluarkan air kencing berbuih sesetengah masa adalah normal, kerana kelajuan kencing dan faktor lain boleh mempengaruhi ini. Tetapi anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai air kencing berbuih yang berterusan yang menjadi lebih ketara dari semasa ke semasa. Padahal untuk rawatan, ia adalah berdasarkan punca air kencing berbuih yang berbeza - beza mengikuti punca air kencing berbuih.
Tahap air kencing normal adalah apabila anda tiada masalah kesihatan lain dan tiada tanda - tanda masalah kesihatan lain. Pada masa ini anda tidak perlu risau.
Punca Air Kencing Berbuih
Punca air kencing berbuih adalah banyak. Sesetengah masa punca air kencing berbuih bukanlah masalah kesihatan, dan buih dalam air kencing adalah normal. Misalnya :
- Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
- Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
- Dihydrasi
- Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Kehamilan
- Masalah darah tinggi masa mengandung
- Eklampsia
- Diet tinggi dengan protein
Cara Memastikan Air Kencing Berbuih
Punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan boleh dipastikan dengan ujian air kencing. Untuk jangkitan kuman pundi kencing, ujian akan menunjukkan tahap sel putih yang tinggi.
Masalah buah pinggang boleh dipastikan ujian ultrasound dan juga ujian air kencing. Kehamilan boleh dipastikan dengan ujian hamil. Masalah darah tinggi semasa mengandung dan juga eklampsia boleh didiagnosi dengan ujian air kencing dan ujian darah. Diet tinggi dengan protein boleh dipastikan dengan tabiat makanan.
Selain daripada ini, anda juga boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan cara mengdiagnosi masalah air kencing berbuih.
Petanda Lain Penyebab Air Kencing Berbuih
Tanda - tanda yang selalu mengiring air kencing berbuih adalah:
- Sakit perut
- Rasa mual
- Sakit belakang
- Sakit pinggang
- Muntah
- Air kencing pedih
- Air kencing berdarah
- Kesakitan kencing
- Air kencing berwarna gelap
- Air kencing mendung
- Perubahan dalam jumlah air kencing yang dihasilkan
- Masalah tidur
- Kehilangan selera makan
- Keletihan
- Bengkak di bahagian kaki, tangan dan muka
- Demam
- Mual
- Muntah
- Sakit belakang
- Sakit pinggang
- Bengkak di bahagian kaki, tangan atau muka
Tanda - tanda ini selalunya adalah disebabkan punca air kencing yang dinyatakan diatas. Anda perlu pastikan tanda - tanda lain yang anda mangalami selain daripada air kencing berbuih untuk mendapatkan diagnosi yang tepat dengan bercakap dengan doktor.
Rawatan Air Kencing Berbuih
Rawatan untuk air kencing berbuih adalah berdasarkan punca air kencing berbuih.
- Untuk air kencing berbuih yang tidak disebabkan oleh masalah kesihatan anda tidak perlu membuat apa- apa. Anda hanya perlu minum lebih banyak air dan juga air yang berkhasiat dan kaya dengan minerals dan vitamins.
- Anda juga perlu minum sekurang - kurang 8 gelas air setiap hari.
- Untuk punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan anda perlu merawat masalah yang menyebabkan air kencing berbuih dan masalah tersebut akan hilang dengan sendiri.
Jangkitan kuman pundi kencing
Untuk jangkitan kuman pundi kencing anda boleh mengambil ubat antibiotik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ubat - ubat antibiotik yang boleh diambil untuk merawat jangkitan kuman pundi kencing adalah seperti ampicillin, ceftriaxone, cephalexin, ciprofloxacin dan sebagainya. [Dapatkan Nasihat Doktor]
Dos untuk ubat ubat tersebut adalah berdasarkan pada berat badan anda dan jikalau anda mengandung ke tidak. Ubat - ubat antibiotik ini hanya boleh diambil selepas konsultasi dengan doktor kerana anda tidak boleh mengambil ubat - ubat ini tanpa prescripsi dan perlu diambil mengikut keterukan jangkitan tersebut.
Ubat - ubat antibiotik yang boleh diambil masa mengandung selepas konsultasi dengan doktor dan selepas memastikan air kencing berbuih masa mengandung adalah seperti erythomycin, nitrofurantoin, amoxicillin dan ubat - ubat lain yang selamat untuk digunakan semasa mengandung.
Untuk mendapatkan ubat - ubat yang sesuai dengan individu anda, anda boleh bercakap dengan doktor.
Masalah buah pinggang
Padahal untuk masalah buah pinggang anda perlu memastikan punca masalah buah pinggang tersebut. Punca - punca masalah buah pinggang adalah :
- Kencing manis
- Sakit darah tinggi
- Jangkitan kuman Streptococcus
- Masalah autoimun
Rawatan untuk air kencing berbuih jikalau puncanya ialah masalah buah pinggang adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut sebabnya dengan ubat yang sesuai. Sesetengah masalah buah pinggang memerlukan dialisis sebagai rawatan.
Kehamilan
Ada sesetengah masanya punca kencing berbuih adalah disebabkan oleh kehamilan. Anda boleh memastikannya dengan ujian hamil. Jikalau anda memang mengandung dan tiada tanda - tanda lain anda tidak perlu risau dan ia akan hilang dengan sendiri.
Sakit Darah Tinggi & Eklampsia masa mengandung
20% peratus daripada wanita yang mengandung akan mengalami sakit darah tinggi dan eklampsia, dan satu daripada tandanya adalah air kencing berbuih. Ia boleh diubati dengan ubat - ubat yang tersebut.
- Labetalol
- Hydralazine
- Nifedipine
- Methyl dopa
- Magnesium sulphate
Semua ubat ubat tersebut hanya perlu dimakan selepas dikonsultasi dengan doktor dan juga selepas didiagnosi dengan penyakit tersebut kerana ia mengandungi risiko - risiko tersendiri. Anda boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan ubat yang terbaik untuk anda.
Diet tinggi dengan protein
Ada sesetengah orang yang berdiet dan hanya makan protein sahaja sebagai sumber makanan, dalam kes - kes ini mereka juga akan mengalami air kencing berbuih. Untuk menyelesaikannya mereka hanya perlu mengubah diet mereka dan masalah kencing berbuih akan selesai dengan sendiri.
Rawatan di rumah untuk air kencing berbuih?
Anda boleh merawati air kencing berbuih di rumah juga pada sesetengah masa. Misalnya jika anda mengalami jangkitan kuman anda juga mencuba rawatan tradisional tersebut :
- Minum air kelapa ataupun jus kranberi, ia akan membersihkan saluran kencing
- Makan ubat vitamin C, vitamin C dikatakan akan melawan jangkitan kuman tersebut
- Kurangkan air yang berkarbonat dan juga kopi kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman pundi kencing untuk bertambah teruk
- Makan lebih lobak putih dan juga labu botol, dikatakan akan mengurang kepedihan semasa kencing dan juga jangkitan kuman pundi kencing.
- Anda juga boleh mengelak daripada mendapatkan masalah air kencing berbuih dengan tidak menahan air kencing. Jika anda menahan air kencing anda, ia akan mengalakkan kuman untuk membiak dalam pundi kencing anda.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda ada sebarang tanda - tanda selain daripada air kencing berbuih, sebagai demam, sakit pinggang, sakit perut, air kencing berdarah dan sebagainya. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jikalau anda mengalami masalah ini semasa mengandung kerana jangkitan kuman ataupun masalah buah pinggang boleh menyebabkan masalah untuk kandungan anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jikalau anak anda mengalami masalah tersebut, kerana masalah air kencing berbuih di kalangan kanak - kanak adalah bahaya dan boleh menunjuk kepada masalah yang lebih serius.
0 Comments