Tun M - Berdepan Pemimpin PH Aliran Liberalisme & Sosialisme

Idea pemikiran liberal sebenarnya bukan isu baru, isu ini telah lama dan pernah hangat diperkatakan. Berikutan masyarakat hari ini terbuka membaca segala risalah melalui internet maka penularan pemikiran liberal semakin bercambah. Ditambah lagi golongan agamawan yang bercanggah pendapat dan tidak sependapat menyebabkan pemikiran secara liberal melekat dalam minda masyarakat tanpa mereka sedari dan akhirnya menjadikan ia satu perkara normal dalam kehidupan. 

SinarHarian | Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terpaksa menyesuaikan idea beliau dengan kepelbagaian pemikiran dalam PH.

Katanya, ia termasuklah pemikiran pemimpin yang cenderung kepada aliran sosialisme dan liberalisme.

”Saya sedar bahawa idea saya terpaksa disesuaikan dengan pemikiran mereka. Mereka ada idea berlainan. 
“Ada mirip kepada sosialisme dan liberalisme, jadi saya kena ambil kira. Kalau saya nak buat sesuatu dan mereka dapati ia kurang liberal, saya terpaksa terjemahkan pemikiran saya supaya tak terlalu bertentangan dengan liberalisme,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memuji sikap orang Cina yang tidak mengikat diri mereka kepada parti berbanding orang Melayu.

“Saya cakap ini DAP dan MIC mungkin marah, tapi orang Cina ini mereka tidak peduli parti. Kalau mereka rasa perkara itu rugikan bangsa, mereka akan tinggalkan parti itu dan sokong parti lain. 
“Mereka tidak ikat diri kepada parti sehingga tak boleh berfikir. Kalau dia nampak MCA tak betul dia pergi ke DAP. Tapi orang Umno betul ke tak betul mereka tetap sokong,” katanya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kami yakin dgn TUN dpt seimbangkn mengikut acuan masyarakat. Apa yg kami bimbang sekiranya tun tiada kelak. Apakah golongan extremis ini bakal menekan dan berkelahi.

    ReplyDelete
  2. Kerana mrhkn najib. Tun yg pilih PH. itulah yg tpaksa tun hadapi. Jika memilih PAS, semestinya tidak sukar utk terjemahkan islam kepada masyarakat

    ReplyDelete