Saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat Johor mengenai peruntukan pendidikan dalam bajet Kerajaan Persekutuan. Ia adalah tanggungjawab saya untuk memastikan kepentingan masa depan anak-anak Johor terjaga. Oleh itu, saya ingin memberitahu kepada para pelajar di negeri Johor bahawa anda boleh memohon biasiswa dan pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor dan Yayasan Sultan Iskandar Johor.

Berikut adalah senarai biasiswa dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, melalui Yayasan-Yayasan tersebut:-

1. Biasiswa oleh Yayasan Pelajaran Johor

  • Biasiswa Sultan Ibrahim
  • Biasiswa Kenangan Dato' Onn (BKD)
  • Biasiswa Sukan Atlet Johor (BSAJ)


2. Bantuan & Insentif oleh Yayasan Pelajaran Johor

  • Insentif Harapan Siswa
  • Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ)
  • Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri
  • Pinjaman Pelajaran Luar Negara


3. Biasiswa Yayasan Sultan Iskandar Johor Layari pautan ini untuk info lanjut:

  • http://portal.ypj.gov.my/ 
  • http://www.ysij.org.my/biasiswa.html


Merujuk kepada pembentangan Belanjawan Johor 2019 oleh Menteri Besar Johor, saya ingin mengucapkan syabas kerana meneruskan program biasiswa bagi mahasiswa Johor. Walaubagaimanapun saya berharap agar program-program ini akan dipantau bagi memastikan para mahasiswa yang layak sahaja menerima biasiswa-biasiswa tersebut.

———

I've been receiving many grouses from the people of Johor regarding the allocation for education in the Federal Government's budget. It is my responsibility to ensure the future of students in Johor are well guarded. Hence, I would like to inform Johor students that you can apply for scholarships and loans from the Yayasan Pelajaran Johor and Yayasan Sultan Iskandar Johor. The following are a list of scholarships and aid provided by the Johor State Government through these Foundations:-

1. Yayasan Pelajaran Johor Scholarships
Sultan Ibrahim Scholarship

  • Dato' Onn Scholarship (BKD) 
  • Johor Sports Athlete Scholarship (BSAJ)


2. Yayasan Pelajaran Johor Aid & Incentives Harapan Siswa Incentive

  • Johor Skilled Training Fund (TLKJ)
  • Domestic Studies Loan
  • Foreign Studies Loan


3. Yayasan Sultan Iskandar Johor Scholarship. Visit this link for more information: 

  • http://portal.ypj.gov.my/ 
  • http://www.ysij.org.my/biasiswa.html


Following the tabling of the 2019 Johor Budget by the Johor Menteri Besar, I would like to say congratulations for continuing the scholarships for students in Johor. However, I hope that these programmes will be monitored to ensure that only the deserving students receive these scholarships.

HRH Crown Prince Of Johor