Cincin Berlian Ibu Jho Low Di Thailand Jadi Sasaran Rampasan DOJ

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) merancang untuk mendapatkan kerjasama kerajaan Thailand bagi mengeluarkan waran berhubung barang kemas yang dikaitkan dengan 1MDB yang dipercayai diberikan kepada ibu Low Taek Jho, Evelyn Goh Gaik Ewe.

Barang kemas yang dimaksudkan terdiri daripada sepasang anting berlian dengan cincin berlian yang sepadan.

Dalam satu kenyataan kepada Mahkamah California bertarikh 2 Nov, DOJ berkata, kerajaan AS masih mengenalpasti lokasi sebenar barang kemas itu, namun menganggap ia berada di Thailand di mana pemiliknya yang bernama Goh dipercayai tinggal.

Setelah rundingan dengan kerajaan Thai selesai, DOJ berkata ia akan menyediakan salinan saman sivil kepada pihak berkuasa Thailand terhadap barangan kemas berkenaan, notis tindakan pelucuthakan, dan waran tangkap bertarikh 16 Jun tahun lepas.

Ini berdasarkan perjanjian bantuan guaman bersama (MLA) antara kedua-dua negara.

"Apabila kerajaan menerima pengesahan daripada pihak berkuasa pusat Thailand bahawa ia telah menerima waran tangkap terhadap aset defendan, kerajaan akan bertindak ke arah membatalkan aset defendan," katanya dalam pemfailan 2 Nov yang dilihat oleh Malaysiakini .

Pada 15 Jun tahun lepas, DOJ memfailkan saman pelucuthakan sivil atas pelbagai aset yang dipercayai dibeli menggunakan hasil penyelewengan 1MDB yang telah disalurkan melalui sistem kewangan Amerika Syarikat, termasuk barangan kemas.

Malaysiakini

Post a Comment

3 Comments

  1. Nk kutip satu2 bkn senang woooo

    ReplyDelete
  2. Macais belum percaya lagi kes 1mdb ni krn mantan ketua tak mengaku.
    Nti bila mahkamah jatuhkan hukuman bersalah, sy yakin ramai macais masih lagi tak caya, krn ketaksuban terhadap Ajib Gor

    ReplyDelete