Dr Maza Bidas Pembikinan Polis Evo 2 Memberi Petunjuk Salah Tentang Islam Di Malaysia. #Boikot

"Ketika dunia menggambarkan umat Islam sebagai pengganas, tidak wajar kita membantu mereka mengukuhkan lagi agenda itu."

“Dan realitinya di Malaysia, ekstremis belum sampai ke peringkat seperti yang digambarkan dalam trailer (Polis Evo 2) itu,” kata Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di dalam status Facebooknya, hari ini.

Begitu pandangan Mohd. Asri mengenai trailer filem berkenaan selepas penerbit filem tersebut datang menemuinya dua hari lalu.

Beliau berpendapat tiada keperluan hendak menggambarkan situasi seperti dalam trailer itu kerana Malaysia bukan di kawasan Daesh.

“Saya bimbang ia akan memberikan gambaran salah tentang Malaysia yang harmoni, malah dengan menukar kerajaan tanpa menumpahkan setitis darah pun,” katanya.

Mohd. Asri juga mempersoalkan mengapa watak jahat atau pengganas dalam filem tersebut memperlihatkan ajaran sesat atas nama Islam.

Katanya, jika dapat ditonjolkan ajaran Islam sebenar yang harmoni, maka sudah tentunya akan dapat menjaga nama Islam.

“Andai sebaliknya dan setakat pertarungan dengan pihak berkuasa sahaja, itu akan memberi mesej salah kepada penonton khususnya bukan muslim.

“Tidakkah nanti mereka (bukan muslim) akan menyatakan muslim sendiri akui mereka pengganas?” katanya.

Sebelum ini, penerbit filem tersebut, Datuk Khairul Anwar Salleh memaklumkan bahawa pihaknya sudah mendapatkan nasihat Mohd. Asri dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung isu sensitiviti berkaitan Islam dalam filem berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd. Asri berkata, penerbit filem berkenaan hanya menemuinya bagi mendapatkan pandangan dan bukannya sebelum sesi penggambaran.

Katanya, beliau bimbang sekiranya ada pihak salah faham dengan kenyataan Khairul Anwar bahawa pihak produksi sudah bertemunya bagi mendapatkan nasihat mengenai pembikinan filem itu.

“Dalam pertemuan itu saya memberikan pandangan umum selepas melihat trailer filem tersebut dan tidak dapat memberikan gambaran keseluruhan kerana belum menonton filem berkenaan.” katanya. -

Utusan

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete