
Susah nak faham halatuju parti PAS. Kadang mereka bercakap soal perjuangan islam tapi dalam masa yang sama mereka perjuangkan bangsa demi kelangsungan bangsa melayu. Bagaimana pula dengan bangsa lain yang beragama islam. Apakah mereka tidak perlu pembelaan.
Semalam, mohd amar menyatakan umno tidak lagi relevan dan minta bubar saja. Dan hari ni takiyuddin minta umno diberi peluang bangkit dan mampu bangkit. Persoalannya, bila PAS mahu bangkit menjadi pilihan rakyat malaysia.
Kalau kita tengok situasi pemimpin umno hari ini, hanya Najib dan Khairy yang tampil sebagai pembangkang dengan membahas isu merujuk kepada fakta ekonomi. Tetapi tiada kepimpinan PAS mampu berhujah seperti najib dan khairy dalam isu ekonomi sebagai pemimpin pembangkang.
0 Comments