Kenapa Kerajaan Nak Batalkan AIM, Sedangkan Ia Banyak Membantu Golongan B40!


Kenapa perlu batalkan? Kenapa tidak buat penambahbaikan?

Pastikan matlamat AIM sampai kepada golongan sasaran dengan pancung pihak yang mengambil kesempatan. Bukan hapuskan!

Dasar membantu sosio-ekonomi rakyat marhen sedia ada jangan dimansuhkan.

Sebaliknya, kerajaan PH mesti buat tindakan lebih progresif lagi supaya kebajikan rakyat bawahan lebih baik berbanding ketika kerajaan BN memerintah.

AIM inilah ruang untuk membantu golongan B40 yang mahu mengubah nasib menceburi bidang perniagaan.

Ramai golongan ibu tunggal di kawasan luar bandar terutamanya mendapat manfaat daripada skim yang disediakan AIM.

Tak perlu hapuskan ketika kita sendiri tiada pelan alternatif lebih baik.

Tulisan Arif Atan

Post a Comment

0 Comments