Kerajaan Nak Suruh Ibu Miskin Pinjam Duit Dengan Ah Long Ker - Najib

Kerajaan PH buat keputusan untuk batalkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Program AIM ini dah dijalankan bertahun-tahun dan sudah bantu berjuta rakyat miskin terutama di luar bandar bagi tingkatkan pendapatan mereka.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia hari ini pernah menerima manfaat dari AIM dan tahu betapa objektif AIM berjaya dicapai mengeluarkan golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan.

AIM sudah dibuktikan sebagai satu inisiatif yang boleh dan dapat membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin dan antara bandar dan luar bandar.

Alasan yang diberi oleh kerajaan PH untuk membatalkan AIM ialah kerana wujudnya pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu. Apa sebenarnya kesalahan ini juga tidak dinyatakan.

Jikalau tuduhan-tuduhan ini betul, ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bersalah dan perbetulkan pentadbiran AIM - bukan dengan membatalkan AIM dek tindakan beberapa individu.

Apa salahnya untuk kerajaan beri sedikit bantuan kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai aktiviti perniagaan kecil-kecilan untuk tambah pendapatan mereka?

Peratusan bayaran balik adalah tinggi pada 98.26%, jelas menunujukkan kebanyakkan orang miskin dan orang kampung adalah jujur. Oleh itu, mengapa nak batalkan?

Setiap bajet tahunan saya tambah dana untuk AIM. Walaupun tiada tambahan dalam belanjawan 2019 tetapi tak sangka saya mereka mahu batalkan AIM.

Selepas ini ibu miskin di kampung nak pinjam dari siapa? Dari Ah Long?

Saya amat sedih melihat bantuan untuk golongan miskin terus dimansuhkan atau dikurangkan.

Pada masa yang sama, golongan yang kaya dan peniaga-peniaga yang sering mengelak cukai mendapat manfaat daripada langkah seperti menghapuskan GST dan pemberian dana kepada pihak swasta seperti dana R&D yang berbilion-bilion tingginya.

Setelah melihat langkah-langkah dan dasar-dasar kerajaan PH, saya pernah bertanya di Dewan Rakyat jika kerajaan ini ialah kerajaan ini ialah untuk orang bandar,orang kaya dan kroni-kroni sahaja.

Nampaknya, jawapan sudah jelas dan nyata.

Tetapi, jangan risau. Selepas dikritik, kerajaan PH mungkin akan U-Turn lagi seperti dalam hal PTPTN ataupun "jelaskan" ini hanya perbincangan ataupun di salah lapor . Kita tunggu.

Tulisan Najib Razak

Post a Comment

0 Comments