"Main Belakang" Adakah KJ Pernah Memohon Maaf ? Tidak...

N Surendran yang merupakan peguam kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim mengkritik perjumpaan antara anggota parlimen BN Khairy Jamaluddin dengan dua bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Surendran mengungkit bahawa Khairy sebelum ini menuduh Anwar "main belakang" dan tidak pernah memohon maaf mahu pun bertanggungjawab dengan kenyataannya itu.

Sangat pelik dan mengejutkan. Khairy pernah menuduh Anwar main belakang dan kena saman.
Adakah Khairy menarik semula tuduhannya? Tidak. Dia terus mempertahankan kenyataannya di mahkamah, rayuannya ke atas kes itu masih dalam proses di mahkamah persekutuan

Khairy, Nurul Izzah dan Rafizi sebelum ini dilaporkan berjumpa di Bangsar, Kuala Lumpur, yang menimbulkan spekulasi mereka merancang untuk melancarkan parti baru berasaskan anak muda.

Surendran juga menyorot bahawa Khairy sebelum ini menganjurkan jelajah dengan peguam Shafee Abdullah selepas pensabitan kes Liwat II Anwar.

Adakah dia pernah bertanggungjawab atau memohon maaf dengan apa yang dia lakukan? Tidak," kata Surendran.

Rayuan Khairy bagi kes saman fitnah yang difailkan Anwar berhubung kenyataan bekas ketua Pemuda Umno itu yang menyebut perkataan "main belakang" masih sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Anggota parlimen Rembau itu sebelum ini diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi RM210,000 kerana didakwa memfitnah Anwar dengan kenyataannya itu.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments