Header Ads

Agong Letak Jawatan - Apakah Satu Petanda Kepada Kerajaan Baru

Sultan Muhammad V amat dikenali oleh rakyat kelantan sebagai sultan/agong yang berjiwa rakyat. Jika ada sesuatu perkara menimpa agong, semestinya bangsa kelantan akan paling hadapan mempertahankan sultan kesayangan mereka. Namun, semalam kita digemparkan dengan kenyataan daripada istana negara tentang "Perletakan Pertama Agong" dalam sejarah malaysia.

Jika sebelum ini, agong pernah mengeluarkan kenyataan "Sila Duduk Dan Jangan Lari". Ini menunjukkan agong sangat cakna tentang apa yang berlaku dalam dewan rakyat dan mengetahui kejadian ahli parlimen pembangkang yang keluar dewan.

Apa ini juga satu petanda kepada menteri dimana mereka tidak perlu segan atau malu untuk meletak jawatan sekiranya keadaan memerlukan tindakan sedemikian dilakukan. 
Semoga agong baru yang akan ditabalkan dapat merealisasikan malaysia baru dan memastikan keamanan negara sentiasa terjamin.

Malaysiakini | Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Beliau berkata ini kerana tuankulah yang berkenan memberi pengampunan penuh kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Kita menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong. Namun saya sedih kerana ketika kita (mula) memerintah, tuanku adalah Agong ketika perdana menteri (dan anggota kabinet) mengangkat sumpah ketika pertukaran kerajaan yang bersejarah.
Agong juga yang memberi pengampunan kepada suami saya. 

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara petang tadi.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tahu tentang perkara itu, Wan Azizah berkata mereka hanya dimaklumkan melalui kenyataan tersebut.

Sultan Muhammad V - Sultan Kelantan ke-29 - ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016, menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.

Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjara sehinggalah diberi pengampunan penuh oleh Sultan Muhammad V pada 16 Mei, seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU ke-14.


4 comments:

  1. ermmm x pernah jadi lagi nie rekod malaysia

    ReplyDelete
  2. Baru aku tau rupanya sultan kelantan ni 'high taste'. Tak salah apa2 krn kebiasaan royalty mcm tu. Tp jgn lah pura2 pakai jubah,capal/selipar dsb utk tunjuk zuhud. Patut la pemimpin2 muda Pas pun perangai serupa. High taste tp pura2 zuhud depan penyokong. Zuhud dlm islam bukan drp segi berpakaian tapi cara hidup dan sikap hidup

    ReplyDelete
  3. Mana dia mohd amar tmb kelantan? Apa yg kamu tau? Tugas sendiri pun tak tau ada hati nak tegur org lain. Level politician Pas yg tak ada kualiti

    ReplyDelete
  4. sangat-sangat terkejut dengar berita ini,

    ReplyDelete