Ahli Parlimen Kerajaan Yang Lain Tidur Ke?


Tidak dinafikan selepas kekalahan BN dalam PRU14, Najib Razak tampil sebagai MP Pembangkang paling utama. Malah banyak hujah yang ditulis dalam facebook, twitter mendapat perhatian netizen dan secara tak langsung memberi tekanan u-turn kepada kerajaan dalam membuat sesuatu polisi baru. Persoalannya, kenapa boleh berlaku sedemikian. Apakah kerajaan pada hari ini terlalu mempercayai pegawai kerajaan sedia ada yang boleh hijack pada bila-bila masa berikutan ramai menteri hari ini masih tidak faham flow pengurusan kerajaan.

Persoalanya, dimana ahli parlimen kerajaan yang sebelum ini lantang melaungkan keadilan untuk rakyat. Apakah bergaduh dengan penjawat awam yang yang membuat kerja mengikut prosedur dikatakan MP kerajaan cakna rakyat. Ataupun, tampil sebagai hero semasa situasi kuil yang hampir mencetuskan provokasi kaum dikatakan memperjuangkan hak rakyat.

Apa yang rakyat mahukan adalah tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga. Apa yang kita lihat hanya laungan melalui sosial media semata-mata. Tindakan tegas tidak dapat dijalankan.

Post a Comment

0 Comments