Bak kata pepatah, menabur janji itu mudah, tetapi menunaikan janji itu amatlah sukar. Tambahan lagi, banyak GLC memerlukan suara politik untuk mendapatkan sesuatu perkara daripada kerajaan. Maka tidak mustahil sekiranya kerajaan memerlukan lantikan politik daripada mereka yang boleh dipercayai.
Apa yang menjadi masalah apabila parti politik itu sendiri berjanji tidak akan melantik mana-mana ahli politik mewakili ahli lembaga pengarah ke dalam GLC. Yang berlaku adalah disebalikya. Persoalanya, apakah ia memberi kesan terhadap pentadbiran GLC keseluruhannya. Semestinya tidak. Dan apa yang kita harapkan adalah GLC dapat memberi impak positif kepada pembangunan negara.
Pembangkang bising.. Biarkan... Tunggu mereka memerintah, GLC ini juga menjadi rebutan..
0 Comments