Najib Jawab - Rugi RM80juta Pelaburan Syarikat Coli


Ramai yang mungkin ingat pada sesi parlimen bulan Ogos, Azmin Ali dedah bahawa Khazanah rugi RM80 juta dalam syarikat menjual coli dan seluar untuk memperlekehkan kerajaan BN dahulu.

Azmin membuat dedahan ini bagi menjawab soalan saya bagaimana kerajaan PH boleh dakwa Khazanah menyimpang daripada landasan asal, sedangkan asetnya melonjak daripada RM33 bilion kepada RM134.5 bilion dalam 10 tahun lalu.

Beberapa hari dahulu, terkeluar satu lagi berita yang tidak akan dihebohkan oleh Azmin dan PH.

Khazanah telah untung besar apabila saham syarikat Phunware melonjak lebih dari 2,000% kepada AS$157 satu saham di bursa saham Amerika Syarikat.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/01/518709/khazanah-untung-besar-saham-phunware-melonjak

Khazanah milik 2.2 juta saham dan merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat ini.

Kini, 2.2 juta saham ini bernilai RM1.42 bilion (US$345.4 juta)

Pelaburan Khazanah dalam syarikat ini yang dibuat pada tahun 2016 hanya RM90 juta (ASS$22 juta).
https://www.redherring.com/startups/malaysian-government-fund-invests-22m-austins-phunware/

Ini bermakna Khazanah sudah untung RM1.35 bilion dalam syarikat ini sahaja.

Yang rugi RM80 juta, PH kecoh.

Yang untung RM1.35 bilion, PH bisu seribu bahasa.

Selama ini, PH masih membisu tentang fakta bahawa Khazanah untung RM6 bilion apabila mereka melabur di dalam syarikat gergasi China, Alibaba pada tahun 2014.

Pelaburan awal di dalam Alibaba ini yang menjalin hubungan yang baik serta membuka jalan untuk Alibaba menempatkan ibu pejabat ASEAN mereka di Malaysia.

Ini juga sebab Alibaba memilih Malaysia untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama di dunia pada tahun 2017 serta melabur di dalam.projek KLIA Aeropolis yang kini menjadi hab logistik ASEAN mereka.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/03/23/alibaba/#Q6m74WjI4wfW66LY.99

Syarikat coli di India bernama Zivame yang diperlekeh oleh Azmin pada bulan Ogos itu pun bukan tentu rugi.

Oktober lalu, Zivame melaporkan penjualan mereka telah meningkat 63% berbanding tahun yang lepas.
https://economictimes.indiatimes.com/small-biz/startups/newsbuzz/zivames-omnichannel-play-starts-to-pay-off-for-firm/articleshow/66341657.cms

Tidak mustahil Zivame juga akan disenaraikan tidak lama lagi seperti syarikat Phunware dan membawa keuntungan yang besar untuk Khazanah.

Pelaburan ada untung dan ada rugi tetapi untung yang Khazanah jana di bawah kerajaan BN jauh lebih besar dari yang rugi.

Kerajaan BN dahulu gigih berusaha untuk menambahkan aset negara serta mewujudkan hubungan dagangan antarabangsa dan pelaburan demi pembangunan negara.

Kerajaan PH pula sibuk membuat pusingan U, menjual aset negara dan memainkan propaganda.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments