Saham Asia Berundur Berikutan Kejatuhan Tidak Dijangka Eksport China


Saham Asia berundur pagi ini apabila berdepan kejatuhan tidak dijangka dalam eksport China yang menimbulkan kebimbangan mengenai ekonomi global, manakala pound Britain mengharapkan petunjuk mengenai rancangan kerajaan berhubung Brexit.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun hampir tidak berubah dalam dagangan awal, manakala Nikkei Jepun jatuh 0.7 peratus selepas pasaran ditutup pada Isnin (cuti).

Pada sesi Isnin di Wall Street, S&P 500 susut 0.53 peratus, diseret kejatuhan terbesar 0.9 peratus dalam sektor teknologi.

Data pada Isnin menunjukkan eksport China mengalami kejatuhan di luar jangkaan dalam tempoh dua tahun, pada Disember.

Sementara import negara itu turut berdepan penurunan secara mendadak, sekali gus menunjukkan kelemahan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu pada 2019 dan permintaan global yang semakin merosot.

Menambah tekanan, jumlah pengeluaran industri juga lemah dari zon euro, yang mana menunjukkan kejatuhan terbesar sejak hampir tiga tahun.

Berita Harian

Post a Comment

0 Comments