Yelah... Sekarang Dah Kalah.. Nak Malu Buat Apa Lagi.. Hahahaha

Gelombang penyatuan ummah yang berlaku sekarang memastikan orang Melayu Islam menguasai majoriti pentadbiran Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Malam tadi menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila PAS dan Umno bergabung di satu pentas.

Kuala Balah yang menjadi kubu Umno sejak 2004 merelaikan kisah lama bagi menggabungkan dua parti Melayu terbesar di tanah air.

Kehadiran kedua-dua penyokong memenuhi ruang pasar Kuala Balah bagi menyemarakkan detik penyatuan ummah.

Setiausaha BN Kelantan, Dato’ Md Alwi Che Ahmad berkata rakyat sudah lama menunggu detik penyatuan ummah selepas berakhir PRU14.

Katanya, kekuatan kedua dua pihak perlu digemblengkan dalam keadaan sekarang.

"Saya tidak malu untuk muncul pada ceramah di pentas anjuran PAS. Malah sudah lima kali menghulurkan derma yang dikutip petugas PAS," katanya.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata detik bersejarah itu yang kedua berlaku di Kelantan selepas membantah usaha ratifikasi ICERD oleh Pakatan Harapan.

Hadir sama Pemangku Ketua Umno Jeli, Dato’ Abdul Aziz Derashid, Yang Dipertua PAS Jeli. Mohd Apandi Mohamad, timbalannya Dato’ Abdullah Yakub dan Naib Yang Dipertua. Mohamad Abdul Hamid.

HarakahDaily

Post a Comment

0 Comments