Desakan DAP - Hapuskan Kuota Matrikulasi Bumiputera... Eh Kau! Sekolah Jenis Kebangsaan Bila Nak Desak Hapuskan ?

Seorang pemimpin DAP menggesa Putrajaya menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera bagi program matrikulasi pra-universiti, mengatakan ia bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan bahawa tiada diskriminasi terhadap setiap warganegara.

“Setiap pelajar berhak mendapat hak pendidikan tanpa diskriminasi tanpa mengira kaum mereka,” kata Leong Yu Sheng, yang mengetuai jawatankuasa hal ehwal universiti Pemuda DAP.

Beliau berkata dasar sekarang yang memperuntukkan hanya 10% tempat kepada pelajar bukan Bumiputera di 15 pusat matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan seluruh negara juga tidak adil kerana pusat itu ditanggung oleh wang pembayar cukai.

“Ia mesti digantikan dengan kuota berasaskan keperluan yang menekankan pencapaian akademik, latar belakang ekonomi dan pertimbangan lain yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah mengenai kritikan terhadap laporan bahawa pelajar bukan Melayu yang berkelayakan ditolak daripada mengikuti program matrikulasi.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini berkata dasar untuk menyediakan 90% tempat dalam program itu kepada Bumiputera akan kekal, tetapi berkata Kabinet akan membincangkan minggu ini jika bukan Bumiputera akan diberikan kuota yang lebih besar.

Program matrikulasi adalah kursus pra-universiti untuk pelajar yang menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Tingkatan 5. Mereka dibenarkan melanjutkan pelajaran di universiti awam setelah selesai kursus, yang biasanya antara 1 hingga 2 tahun.

Program ini menjadi lebih popular kerana ia jauh lebih murah berbanding mengikuti kursus pra-universiti di institusi swasta, selain peluang yang lebih besar memasuki universiti awam.

Leong berkata dasar kuota perkauman yang diamalkan sekarang dalam pengambilan pelajar matrikulasi adalah “tidak justifikasi, tidak adil, tidak munasabah dan menyalahi undang-undang”.

Beliau juga mempersoalkan kekurangan data mengenai prestasi pelajar matrikulasi berbanding peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mengatakan pentadbiran terdahulu tidak telus mengenai sistem itu.

Beliau berkata penurunan jumlah pelajar STPM sebanyak 50% sepanjang dekad yang lalu adalah disebabkan ketidakpercayaan terhadap kerajaan dalam mengendalikan pengambilan pelajar untuk universiti awam.

“Program matrikulasi adalah punca utama ketidakpercayaan ini, oleh itu ia memerlukan semakan dan peningkatan segera oleh kementerian,” kata Leong.

FMT

Post a Comment

0 Comments