Header Ads

Penjelasan Dr Agus Menarik Balik Perkataan 'Walaun' 'Walauntit'


1. Bulan lepas, saya di tanah suci mengerjakan Umrah. Bersama saya ada tiga orang Ustaz yang bertindak sebagai pembimbing Umrah saya. Kelulusan Ustaz ini seorang dari Mesir, seorang dari Yemen dan seorang lagi dari Jordan. Kesemua mereka adalah pendokong tegar PAS.

2. Saya cuma mengenali mereka semasa di tanah suci. Apabila mempunyai kelapangan, kami selalu bercakap soal politik tanah air.

3. Mereka suka bertanya. Antara soalannya ialah pandangan saya tentang kerjasama PAS dan UMNO, dan apakah saya tidak takut DAP menguasai negara?

4. Jawapan saya tentunya tidak sehaluan dengan pandangan mereka. Tetapi Ustaz ini tidak mencemuh, sebaliknya memberikan nasihat dan pandangan kepada saya mengapa kita perlu risau dengan DAP, mengapa kita perlu sokong perjuangan Islam. Tidak pun mereka memuji pemimpin PAS, tidak juga mereka berkata menyokong PAS itu tuntutan agama. Mereka cuma menegaskan menyokong perjuangan Islam itu adalah kewajipan umat Islam.  Mereka membawa nas-nas dan kisah perjuangan Islam zaman nabi dan ulama tersohor.

5. Saya tertarik sungguh dengan penjelasan mereka. Bahasa, gerak geri, dan cara bertutur penuh dengan adab Islam. Akhlak mereka cukup tinggi. Saya betul-betul insaf dan ingin sekali bersama dengan perjuangan Islam sebegini seperti yang saya lalui semasa zaman kecil dahulu.

6. Namun, setelah balik ke tanah air, saya melihat pendirian penyokong PAS tidak sama dengan Ustaz yang bersama saya di Mekah. Orang PAS di sini mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi saya melihatnya sebagai tidak ada adab dan akhlak Islam. Mereka mudah mencaci orang yang berbeza pendapat. Justeru, tidak salah jika saya menilai mereka ini dengan bahasa yang telah oun saya tulis.

**********************************

7. Setengah jam lepas saya menerima panggilan dari Ustaz di Pasir Tumbuh yang membimbing saya semasa di Mekah. Lembut sekali tutur katanya. Beliau menyatakan membaca tulisan saya tentang kerjasama PAS-Umno.

8. Beliau menegur saya menggunakan perkataan ‘walaun’ dan ‘walautit’ pada penyokong PAS itu tidak tepat. Katanya, hanya sesetengah sahaja penyokong Pas yang bersikap demikian. Beliau juga mengingatkan saya apapun yang kita buat, ingat selalu tujuannya adalah kerana Allah. Banyak ceramahnya, tetapi saya senang.

9. Seikhlasnya, atas nasihat Ustaz, saya minta maaf jika bahasa saya ‘menggelarkan’ penyokong PAS tempoh hari kasar. Saya ikhlas menggunakan gelaran tersebut, dan ikhlas juga memohon maaf dan menarik balik penggunaannya.

**********************************

10. Walaupun saya menurut nasihat Ustaz, secara peribadi, saya tidak selesa dengan cara politik PAS dan Umno. Ini kerana, bagi saya, perjuangan untuk mendapatkan sokongan satu segmen masyarakat sahaja tidak akan membolehkan dua parti ini kembali ke Putrajaya.

11.  Negara kita adalah rencam masyarakatnya. Atas realiti ini, saya cukup bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir dua hari lepas: “Cukup-cukuplah (enough of) using the issues of race and religion for political interest.”

Dr Agus


9 comments:

  1. Malu apa walaunku?

    Dalam parti sendiri kena tutup mulut bincang hal ehwal parti.

    Kartel Dedak Pas langsung tak boleh disebut dan disentuh.

    Bila orang lain yang neutral atau atas pagar nak bercerita hal ehwal PAS pun walaun nak suruh tutup mulut juga?

    Tak bagi guna walaun atau waluntit konon.

    Kalau hok Presiden PAS sendiri apa yang tak disebutnya?

    Jebon, Barua, Lembu Kenyang, Anjing, Babi habis semua kena maki hamun tak apa?

    Parok dari Komunis parti Pas lo ni.

    ReplyDelete
  2. walaun dan waluntit adalah golongan yg paling ramai dlm pas... mgkin ada kebenaran dlm penulisan Dr agus... tapi hakikat dan realitinya pas memeang ramai walaun dan waluntit...penagih pil kuda kt kelantan pun apabila ditanya mereka akan sokong pas...

    ReplyDelete
  3. Apa kesudahan cerita fitnah iblis2 yang mengatakan Najib merasuah PAS RM90 juta suatu masa dahulu? Sudahkah iblis2 dan pengikut2nya menang didalam mahkamah London setelah hampir 70% bukti2 fitnah ditolak oleh mahkamah tersebut?

    ReplyDelete
  4. Fitnah?

    Walaun berkhalwat dengan walauntit sampai tak tahu cerita ke?

    Hadi Awang tarik balik saman SR dengan bayaran kos luar mahkamah.

    Hadi Awang bayar 1.4j kepada Claire Rewcastle Brown melalui Rameli Musa.

    Rameli Musa pula disoal siasat melibatkan sumber wang 1.4j oleh SPRM.

    Hadi Awang mati-mati tak mengaku dan tidak ambil tahu.

    Konon tiada bayaran dibuat rupanya pembohong arahan Mazhab Kartel Dedak PAS.

    Terpaksa mengaku tak tahu apa sebab Kartel Dedak PAS yang beri arahan.

    Tarik balik saman dengan kos 1.4j kepada SR.

    Anwar dan SR dedahkan dan Hadi Awang diam ikut arahan Kartel Dedak PAS.

    Kartel Dedak PAS memecah-belahkan ahli PAS dengan upah UMNO.

    Nama yang tidak dinafikan Din Ayam sebagai pemimpin Kartel Dedak PAS ialah Nasaruddin Tantawi, Khairuddin at Takiri dan Nik Abduh.

    Drama Kartel Dedak PAS ambil duit UMNO sedang ditutup pengarahnya.

    Ahli PAS sedang dibelenggu Kartel Dedak tanpa sedar.

    Sebijik teori pergerakan Freemason, Illuminati dan The New World Order yang biasa menjadi ceramah Ustaz PAS.

    Semua maklumat hanya dikuasai oleh satu pihak dan penguasaan maklumat mengawal minda.

    PAS = UMNO = Illuminati = Freemason = Zionis

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete