Kembali Zahid, Era Gelap UMNO Bergelap Kembali..


Hadirnya hanya mengacau kembali situasi umno.

Malaysiakini | Bekas presiden Umno Najib Razak berkata presiden Umno yang sedang bercuti, Ahmad Zahid Hamidi boleh kembali menerajui parti jika dia mahu biarpun tanpa persetujuan pihak lain, termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Kata Najib, keputusan sama ada Zahid mahu kembali atau pun tidak adalah terpulang sepenuhnya kepada presiden Umno itu sendiri.

“Soal kedudukan Zahid, boleh diputuskan oleh Zahid sendiri. Sebab dia bercuti atas keputusan yang dibuat secara peribadi dan sebagaimana yang kita tahu, mengikut perlembagaan Zahid berhak untuk memimpin Umno dalam tempoh dia diberi mandat.

“Dan tempoh itu masih berterusan.
Iklan

“Jadi oleh itu soal dia nak kembali berkhidmat atau bertugas sebagai presiden parti adalah tertakluk kepada keputusan diri dia sendiri, tak perlu persetujuan MT atau pihak-pihak yang lain,”

Post a Comment

0 Comments