Saya Berasa Sedih Hasrat Saya Ini Tidak Bokeh......

Saya tahu ada yang panggil saya Raja Troll.

Tapi saya berhujah dengan fakta.

Hari ini saya ingin kongsi sesuatu yang berkaitan dengan graduan kita.

Serba sedikit mengenai perancangan saya untuk PTPTN dalam Bajet 2019 sekiranya BN masih Kerajaan.

Bertahun-tahun saya dituduh tidak memahami mahasiswa, tidak mendengar permintaan rakyat.

Sebenarnya saya tahu apa yang pelajar dan graduan inginkan dalam soal PTPTN.

Dan setiap tahun saya cuba berikan.

Cuba menilai kembali apa yang telah BN lakukan dan bandingkan dengan Kerajaan PH hari ini.

BN beri diskaun PTPTN tiap-tiap tahun sehingga 20 peratus. BN juga beri pengecualian PTPTN penuh kepada yang cemerlang.

Saya yakin saya telah berikan apa yang kami mampu malah lebih daripada PH.

Tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun lepas, saya telah minta pegawai-pegawai pejabat saya untuk buat kajian awal mengenai insentif PTPTN baru (tambahan kepada apa yang BN berikan ketika itu).

Sebenarnya saya mempunyai perancangan untuk memberi pengecualian bayaran balik kepada graduan dengan ijazah kelas kedua (atas).

Ini boleh dilaksanakan pada tahun 2019, mengambil kira status kewangan kerajaan BN yang kukuh.

Cuma peratusan pengecualian bayaran atau diskaun bukanlah 100 peratus kerana kita perlu adil mengambil kira graduan ijazah kelas pertama yang sewajarnya dapat pengecualian penuh bayaran balik.

Tetapi saya yakin tidak jauh peratusannya daripada pengecualian penuh.

Saya berpendapat bahawa anak-anak kita perlu digalakkan untuk bersaing, gigih belajar dan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.

Sudah tentu mereka yang sedang bertempur di medan peperiksaan pada masa ini misalnya, akan berusaha untuk diri mereka mendapat keputusan yang baik.

Tambahan insentif seperti ini sudah tentu akan membantu meringankan beban dan melahirkan graduan yang memiliki intelektual tinggi dan berdaya saing.

Saya yakin juga kita boleh buat lebih baik lagi untuk 2020, 2021, 2022 dan seterusnya dalam soal PTPTN ini untuk membantu pelajar.

Saya berasa sedih hasrat saya ini tidak boleh saya usahakan lagi.

Satu hari, mungkin kita boleh sama-sama berpeluang untuk membina negara dan bantu rakyat semula.

Insya-Allah.

Najib Razak

Post a Comment

4 Comments

  1. Najib nk tolong curi duit ptptn pulak...
    Sbb duit lain dh habis rembat.
    Itulah perancangan najib seterusnya.
    Sedih usahanya itu terbantut.
    Kasihan..,

    ReplyDelete
  2. Najib silap. Dia bukan raja troll tetapi dia adalah Raja Penyamun yang di akui di seluruh dunia. Najib telah membusukkan nama bangsa melayu apabila dia mendapat tempat terulung sebagai pencuri terbesar dalam dunia. Malah imej umat Islam pun tercemar dengan kegiatan Raja Kleptokrat yang bukan sahaja merompak malah tak malu untuk berbohong kononnya dia di tipu dan dia telah dianiaya atas perbuatan orang lain sedangkan duit 2.6 billion memamng masuk dalam akaun peribadi dia. Duit masuk akaun kemudian dia berbelanja mewah dengan duit tu TAPI masih berbohong kononnya tak tahu menahu pun duit tu masuk dalam akaun? Najib bukan Raja Troll tetapi adalah Raja Penyamun dan sekarang sedang berusaha untuk meraih kejuaraan sebagai Raja Pembohong.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. tulah...skrng ni ada dua perkara besar yg burukkan nama Melayu Islam:
    1. Orng melayu islam kaki rasuah/penyamun
    2. Orng melayu islam gunakan video lucah utk jatuhkan sesama sendiri...

    ReplyDelete
  4. Najib should never comment on PTPTN anymore. Even penghutang pun Najib blacklisted dan not given chances like PH now. Kalau dulu Najib senangkan Rakyat dan susahkan anak bininya, sekarang tak perlu merengkok dalam court. Shame on us to have Najib as PM.

    ReplyDelete