UMNO Nak Berguru Dengan PAS - Claim PAS Selepas UMNO Kalah

Ada pemimpin Umno didakwa mengakui bahawa parti itu perlu belajar daripada PAS - selepas mereka kalah dalam pilihan raya umum (PRU) pada tahun lalu.

Mendedahkan hal itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata beliau diberitahu mengenai hal itu daripada pemimpin Umno baru-baru ini.

"Sudah dua tiga kali dah dengan Najib Razak, dua tiga pentas dah kita naik bersama beberapa bekas menteri besar bagi negeri-negeri tertentu. Berucap sekali.
"Tetapi yang lebih penting, pengakuan pimpinan Umno [...], iaitu mereka menyebut bahawasanya setelah kita kalah dalam PRU, tak berkuasa lagi, maka sampai ada yang berkata: kita kena belajar daripada PAS," katanya kepada perwakilan dan pemerhati yang memenuhi Wisma Belia di Kuantan hari ini.

Menurut Hashim, antara aspek yang perlu diteladani Umno daripada PAS ialah langkah mengumpul derma dalam kalangan anggota dan penyokong parti.

"Nak buat apa (program), kutip duit," katanya merujuk kepada amalan PAS yang terkenal dengan edaran tabung-tabung sumbangan bagi menambahkan dana parti.

Semasa menceritakan kisah itu Hashim juga sempat mencuit hati orang ramai yang berada dalam dewan apabila tersasul menyebut nama Tun Razak sebagai orang yang duduk sepentas dengan beliau.


Betul-betul jadi

"Eh, anaknya..." kata beliau kemudian membetulkan kenyataan itu, merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu Hashim juga berkata perubahan yang ditunjukkan Umno itu adalah hasil doa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang beberapa tahun dahulu.

Katanya, dalam program liqa fikri di Perak tiga tahun lalu, Abdul Hadi pernah berkata bahawa Umno perlu dilemahkan supaya Umno ia boleh menjadi insaf.

"Dia (Abdul Hadi) tak kata ia untuk PAS ambil alih, tapi digunakan perkataan insaf. Saya tak lupa sebab saya catit. Ini berlainan sedikit, kalahkan Umno untuk ia insaf.

"Rupanya hasrat itu berlaku dalam PRU yang lalu, apabila Umno kalah, perkembangan yang berlaku seolah-olah macam kita tak percaya.

"Dulu (Umno) musuh ketat politik. Lepas tu, boleh duduk satu pentas," katanya lagi.

Hashim juga menyatakan semua perkembangan itu - serta dipercayai merujuk juga kepada apa yang terjadi dalam kalangan parti PH - adalah "pertolongan Allah" kepada PAS dan Umno.

"Allah nak tolong [...] Betul-betul jadi. Kita bukan dok pelaga geng-geng yang ada - bergaduh, nak pergi mahkamahlah, polis siasat - kita tak buat apa pun. Dia jadi sendiri. Itu pertolongan Allah. Dan berkat doa yang kita doakan," tambahnya.

Sekepas kekalahan BN pada PRU lalu, PAS dan Umno menjalin kerjasama rapat dan terbuka atas slogan Melayu dan Islam bagi menarik undi masyarakat terbabit.

Strategi itu berhasil sehingga berjaya membuahkan kejayaan buat Umno dalam tiga pilihan raya kecil (PRK) yang ditandingi parti itu selepas kerjasama itu terjalin.

Ketiga-tiga PRK tersebut ialah di kawasan parlimen Cameron Highlands, selain DUN Semenyih dan Rantau. Bagaimanapun lima lagi PRK dimenangi PH.

Mengulas lanjut berkenaan kerjasama itu, Hashim mengakui ia sukar diterima oleh anggota PAS pada mulanya.

"[...] Ada juga orang PAS yang tak boleh sebut Umno, dia marah. Kepimpinan pun ada. Pujuk punya pujuk, alhamdulillah, benda tu dah sejuk melalui muktamar kita di Terengganu pada tahun lepas.

"Jadi sekarang dia makin sejuk dan ruang untuk kita bersatu dan bercantum sudah ada di hadapan kita," katanya lagi.

MK

Post a Comment

1 Comments

  1. ya ya...dengar la cerita penjual agama...

    ReplyDelete