Video Azmin Love Haziq Pulakk....

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang terheret dalam skandal seks berprofil tinggi membabitkan seseorang individu yang didakwa menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa dia menghilangkan diri apabila klip video seks aksi itu mula diedarkan.

Menjawab grafik di media sosial yang mempersoalkan keberadaannya, pengerusi PKR Perak itu berkata laporan berita yang disebut dalam imej itu memetik sumber berkenaan lokasinya.

“Mereka petik dari sumber bukan tuan (punya) badan sendiri. Saya dah lama balik dari kursus ada dekat sini,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Farhash, yang juga setiausaha politik kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata dirinya melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Beliau kini bercuti untuk menyiapkan tesis PhD dalam bidang pengurusan.

Farhash dikaitkan dengan skandal seks, dengan satu laporan berita mendakwa terdapat perbincangan dalam kumpulan WhatsApp PKR mengenai bagaimana dia menghilangkan diri dan tidak berkomunikasi apabila klip itu diedarkan.

Namanya juga muncul apabila Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai salah seorang individu dalam video itu, dikhabarkan berjumpa dengannya ketika dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan ke Manila.

Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi video dan rakaman audio bertajuk "Azmin love Haziq ¾" telah dikeluarkan.

Tidak seperti klip sebelumnya, yang dihantar melalui kumpulan WhatsApp, rakaman kali ini sebaliknya dimuatnaikkan di YouTube.

Video 46 saat itu hampir tidak jelas manakala audio berkenaan adalah perbualan antara dua lelaki yang bersetuju untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada bulan Mac.

Individu yang memuat naik klip berkenaan mendakwa bahawa ia adalah rakaman perbualan antara Haziq dan menteri tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Azmin untuk meminta ulasannya.

Post a Comment

0 Comments