Najib Kata Masa Tu Tangannya Terikat...


Ingat lagi tahun 2011?

KWSP dan Khazanah beli PLUS.

Nak tahu kenapa?

Masa itu tangan saya terikat.

Sebab konsesi PLUS dan lebuhraya-lebuhraya lain bukan saya buat.

Kos pembinaan, kadar tol dan semua itu ditetapkan berpuluh tahun dahulu.

Tahu tak berapa?

Setiap 3 tahun kadar tol PLUS dibenarkan naik 10 peratus (sebelum Khazanah melalui UEM dan KWSP ambil alih).

Saudara-saudari pun tahu siapa yang bertanggungjawab, siapa Bapa Tol.

Kita tak mampu sekaligus hapuskan tol tapi kita tetap ada hapuskan tol secara berperingkat.

Kita tak tipu macam PH.

Ingat lagi janji-janji PH menjelang PRU 14?

Ingat lagi ada yang janjikan tol percuma ke Simpang Renggam?

Apa yang kita pertimbangkan masa kita ambil alih PLUS ialah biarpun tak boleh hapuskan tol serta merta, sekurang-kurangnya GLC memilikinya.

Segala cukai dan dividen keuntungan dikembalikan kepada pemegang saham iaitu Kerajaan dan pencarum KWSP.

Duit yang kita kutip itu kita guna untuk macam-macam.

Ada yang kita bayar pampasan kepada tol lain juga supaya tidak menaikkan kadar tol.

Kita juga pastikan kenaikan harga tol dihadkan kepada 5 peratus sahaja setiap 3 tahun.

Itu pun dengan kebenaran kerajaan.

Tahu tak apa yang berlaku selepas kita beli PLUS?

Kerajaan saya tidak pernah benarkan PLUS naikkan harga tol.

Kini?

Kroni sudah mahu ambil alih PLUS.

Lepas itu rakyat tetap perlu bayar tol.

Maknanya apa?

Keuntungan sudah bukan milik kerajaan atau rakyat.

Duit Putrajaya sekarang setiap hari masuk saku kroni.

Dahulu kita jadikan aset-aset ini hak milik rakyat Malaysia.

Kini satu demi satu diberi kepada kroni.

Amat menyedihkan.

Apa komen saudara-saudari?

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments