Tambak Laut - 4500 Ekar Jadi Hangat


Projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) sebesar 4,500 ekar menjadi isu hangat baru-baru ini.

Sehingga menerima perhatian dan kunjungan kehormat PM ke-8 untuk bertanya tentang isu ini.

Tetapi dalam senyap, kerajaan DAP Pulau Pinang telah meluluskan satu lagi projek tambak laut di pesisir pantai Butterworth seluas 1,600 ekar (650 hektar).

Satu isu belum reda, kerajaan DAP tambah isu baru untuk menaikkan lagi kemarahan golongan nelayan dan penduduk Pulau Pinang.

Saiz penambakan projek tambahan yang diluluskan secara senyap ini adalah 3 kali ganda lebih besar dari penambakan laut untuk pojek Melaka Gateway dan setengah dari saiz projek Forest City di Johor yang dulu hebat dibantah oleh PH.

Tapi amat pelik bahawa PH tak bantah projek Butterworth ini pula.

Apabila EXCO Pulau Pinang ditanya tentang projek ini, dia memberi alasan bahawa projek telah diluluskan oleh kerajaan BN sejak 20 tahun dahulu pada tahun 1999, iaitu masa PM ke-4.

Dia kata bahawa tangan kerajaan Pulau Pinang telah terikat dan tidak boleh membatalkan projek ini walaupun ianya mereka yang menandatangani perjanjian sampingan untuk meneruskan projek baru-baru ini.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/08/15/bn-not-ph-approved-butterworth-reclamation-says-penang-exco-man/

Ya lah tu, perjanjian lapuk dari 20 tahun dahulu tak boleh dibatalkan.

Salah BN lagi.

Siapa nak percaya?

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments