Yang Kena Sekatan Ceramah Sebab Berbeza Pandangan Politik Macam Mana Pulak?




DZN disekat supaya dapat menenangkan keadaan dan tidak berlaku perkara tidak diingini berlaku. Malaysia masih terselamat dengan adanya akta hasutan (masih belum dimansuhkan) tetapi tidak dipraktikkan dan juga akta POCA dan POTA yang amat berguna dalam situasi ini. Jika kedua akta ini dimansuhkan demi realisasikan impian freedom of speech, semestinya kita ibarat menjemput musuh yang sekian lama menunggu masa untuk merancang menghancurkan keharmonian. Harap pemimpin buka mata. Haraplahhh...

Bagaimana pula dengan penceramah agama yang disekat yang boleh ditafsirkan sebagai sekatan politik. Apakah ini keadilan yang dicanang dalam berhujah. Apakah kerana mereka berbeza haluan politik dan selalu mengkritik perkara yang mereka rasakan tidak betul, maka cara mudah diambil adalah mengenakan sekatan.


Nik Omar Dihalang Ceramah Di Masjid Pulau Melaka | Astro Awani

Rutin Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai penceramah, imam dan mentahnik di Masjid Pulau Melaka atau digelar Masjid Tok Guru berakhir apabila beliau dimaklumkan keputusan keluarganya tidak membenarkan lagi beliau terlibat.

Nik Omar ketika memaklumkan perkara itu semasa menyampaikan kuliah di Wisma Tok Guru di Salor hari ini kelihatan sayu dan sugul memandangkan tugas sebagai imam dan penceramah berkenaan telah digalas beliau selepas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 2015 lalu.

Beliau yang memohon maaf kepada hadirin yang hadir mengakui sedikit terganggu dengan perkara tersebut dan menjadikan beliau hilang fokus untuk meneruskan kuliah tersebut serta memerlukan rehat buat seketika.

Menceritakan keadaan tersebut, Nik Omar dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui adiknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas ahli Parlimen Bachok itu mengimamkan solat Subuh dan seterusnya memberikan kuliah kepada hadirin.


Terengganu Kekal Sekatan Ceramah Dr Maza | Astro Awani

Mufti Kerajaan Negeri Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA masih lagi dilarang untuk mengadakan ceramah di negeri Terengganu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang dihubungi berkata, Kerajaan Negeri Terengganu bagaimanapun akan meneliti punca dan sebab yang dikenakan ke atas Dr MAZA daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).
Ia memandangkan larangan itu telah dikeluarkan oleh MAIDAM sejak 2016 iaitu sebelum Pas mengambil alih kerajaan negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Pihak kerajaan negeri mengambil maklum akan hal ini, namun keputusan itu sebenarnya telah dibuat oleh MAIDAM yang mempunyai jawatankuasanya sendiri. Dan keputusan larangan itu sememangnya berada di bawah kuasa Maidam.

"Kita tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan larangan ke atas mufti Perlis itu dikenakan namun kerajaan negeri mengambil maklum akan hal ini dan akan cuba mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak MAIDAM,"

Post a Comment

0 Comments