Beliau berkata, syarikat perladangan besar tidak akan mengamalkan pembakaran terbuka kerana mereka patuh kepada prinsip pertanian baik sama ada Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) atau Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).
Adalah tidak adil untuk menuding jari terhadap industri kelapa sawit apabila jerebu berlaku kerana kebakaran hutan disebabkan musim El Nino.
Di banyak bahagian Borneo dan Indonesia dan sebahagian Malaysia, terdapat banyak tanaman atau pokok-pokok yang ditanam di tanah gambut yang mudah terbakar.
Kadangkala ada pekebun kecil yang melakukannya (pembakaran terbuka) dan bukan pekebun kecil kelapa sawit atau mungkin di kampung lain yang terlibat
Kok berkata, beliau akan ke Indonesia bulan depan untuk menemui Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri kelapa sawit, termasuk jerebu.
“Kami akan mengadakan mesyuarat bulan depan dan berharap pemilik syarikat perladangan, termasuk dari Malaysia dapat turut serta dan berbincang pelbagai isu yang berkaitan industri itu.”
Sementara itu, Kok berkata, Malaysia mampu mengeksport minyak sawit ke lebih banyak negara dan mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini, tetapi hasilnya menurun disebabkan harga rendah minyak sawit.
“Kuantiti telah meningkat, tetapi nilai tidak, sebenarnya kita berjaya mengeksport lebih banyak minyak sawit ke lebih banyak negara dan stok simpanan berkurangan, tetapi oleh kerana harga minyak sawit yang rendah, hasilnya menurun.”
Tahun lalu, kelapa sawit dan produknya menyumbang RM67.5 bilion kepada pendapatan eksport negara serta menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih tiga juta orang di sepanjang rantaian bekalannya, termasuk lebih setengah juta pekebun kecil.
FMT
0 Comments