Khalid Samad ini asyik tuduh saya pernah tawar harga RM300 satu kaki persegi untuk tanah Kampung Bharu padahal satu kerat bukti pun dia tak pernah keluarkan.
Bila masa saya pernah tawar? Agensi kerajaan yang mana atau siapa yang tawar? Untuk projek yang mana? Tawar kepada siapa?
Bagilah bukti supaya saya boleh check.
Saya sudah tanya kawan-kawan saya dari kerajaan lama dan mereka kata projek pembangunan Kampung Bharu masa saya PM tidak pernah memulakan tawaran.
Kan saya dah kata jika ianya benar bahawa kerajaan BN masa saya tawar harga RM300, dah lama Khalid dan geng dia berguling dan terguling-guling tepi jalan Kampung Bharu masa itu.
Tak pernah pun nampak bayang dia kat sana Kampung masa itupun.
Lepas itu Khalid tuduh bahawa saya telah gagal untuk selesaikan isu Kampung Bharu selama 9 tahun saya PM.
Untuk maklumat Khalid, PM ke-4 pernah mengaku bahawa isu Kampung Bharu adalah antara kegagalan dia dalam tempoh 22 tahun dia PM kerana dia tidak setuju bahawa harga tawaran kepada pemilik tanah patut tinggi.
Boleh baca di sini: http://chedet.cc/?p=495
Tapi apa yang saya pelik ialah Khalid Samad pulak gunakan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila dia nak jamin bahawa tanah di Kampung Baru tidak akan dijual kepada bukan Melayu.
Khalid Samad tahu kerajaan manakah yang menggubal dan meluluskan Akta itu pada tahun 2011 supaya kita dapat menjamin hak penduduk Melayu di Kampung Bharu untuk selama-lama itu tak?
Khalid Samad juga sering merujuk kepada "Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu ( PITPKB) 2020".
Dia tahu tak kerajaan yang manakah yang merekacipta Pelan yang begitu menyeluruh itu untuk memastikan khazanah, sejarah dan keistimewaan Kampung Bharu dapat dipelihara untuk selama-lamanya selepas ianya dibangun semula ke?
Ya, kerajaan BN dahulu tak gopoh seperti PH kerana kami bukan mata duitan seperti PH.
Kita mahu merancang secara betul dan memastikan keistimewaan Kampung Bharu dan hak penduduk dipelihara dan dijamin dari semua aspek termasuk undang-undang dan dalam rancangan masa hadapan.
Kita tak seperti dia yang hanya lihat pulangan RM30 bilion dari pelaburan RM6 bilion hingga RM10 bilion ini:
"Dana sekitar RM6 bilion hingga RM10 bilion yang kerajaan sediakan untuk dilaburkan ke atas pembangunan kawasan itu, menjamin pulangan sekitar RM30 bilion.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-ph-telus-isu-kampong-baru-tak-macam-bn-khalid-218108
Saya tidak pernah menghalang atau membangkang pembangunan semula Kampung Bharu tapi saya tidak mahu penduduk Kampung Bharu ditipu oleh kerajaan PH atau legasi Kampung Bharu diancam.
Harga RM850 satu kaki persegi itu memang terlalu rendah melihat pulangan yang Khalid Samad sendiri mengaku.
Penilaian JPPH tak patut digunakan sebagai alasan untuk menawarkan harga yang tak adil kepada pemilik tanah supaya kerajaan atau pemaju-pemaju swasta yang sewaktu dengan mereka dapat mengaut untung berpuluh-puluh bilion seperti diakui oleh Khalid Samad.
NajibRazak
0 Comments