Kan Dah Kena Sita....

Indonesia menyita sebidang tanah di Riau milik sebuah anak syarikat dari Malaysia pada Rabu kerana didakwa terlibat dalam kebakaran hutan yang menyumbang kepada jerebu di rantau ini.

Menurut CNN Indonesia, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia mengambil tindakan terhadap PT Adei Plantation Industry yang disyaki dengan sengaja memulakan kebakaran hutan tersebut.

Menterinya, Siti Nurbaya Bakar dipetik sebagai berkata bahawa sejumlah besar saham syarikat itu dimiliki oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai kenyataannya bahawa jerebu yang masuk ke Malaysia, Siti Nurbaya berkata beliau hanya menjelaskan analisis mengenai data satelit yang diambil antara 3 dan 8 September.

"Data itu yang saya jelaskan. Saya minta supaya objektif. Kalau yang dibahas data yang hari ini ya tentu lain dong situasinya. Makanya harus ikut turutan melihat dan mengolah data," ujarnya.

“Data itu yang saya jelaskan. Saya minta supaya objektif. Kalau yang bercakap tentang data hari ini, memang lain situasinya.

“Maka, harus mengikut turutan dalam menganalisis data,” katanya.

Pada hari Rabu, Siti Nurbaya dilaporkan mendakwa bahawa jerebu di Kuala Lumpur berasal dari Sarawak dan bukannya Indonesia.

Siti Nurbaya membuat dakwaan itu di sebalik pengesanan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang menunjukkan bahawa jerebu di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatra manakala jerebu di Sarawak pula berasal dari Kalimantan.

Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberitahu Siti Nurbaya agar tidak berada dalam penafian berhubung punca jerebu.

Sebaliknya Yeo menjelaskan, pengesanan (ASMC) menunjukkan bahawa jerebu di Semenanjung Malaysia berpunca dari Sumatera manakala jerebu di Sarawak berasal dari Kalimantan.

MK

Post a Comment

0 Comments