Zuraida Bidas Abdullah Sani - Ni Belum PRK Lagi Ni....

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai tidak relevan kepadanya.

Ketua Wanita PH itu berkata demikian selepas Abdullah Sani yang juga anggota Parlimen Kapar itu cuba mengadukan beliau kepada Lembaga Disiplin kerana didakwa sengaja tidak menghadiri mesyuarat parti.

“Abdullah Sani tak relevan pada saya,” katanya ketika ditemui pada di Pandan Indah, Ampang, hari ini.

Abdullah Sani sebelum ini dilapor berkata, beliau akan membuat aduan rasmi terhadap beberapa pemimpin PKR termasuk Zuraida kepada Lembaga Disiplin parti itu, dalam masa terdekat kerana didakwa sengaja tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Iklan

Menurut Abdullah Sani, beliau akan mengemukakan aduan itu sebelum mesyuarat MPP dijadualkan berlangsung pada 29 September ini.

Katanya, beliau sebelum ini tidak mengetahui perlu membuat aduan rasmi kerana Fasal 41.3 Perlembagaan PKR menyatakan Lembaga Disiplin boleh memulakan siasatan terhadap salah laku disiplin mana-mana anggota parti tanpa memerlukan aduan daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, mengulas mengenai peluang Anwar menjadi perdana menteri, Zuraida berkata, beliau menyerahkan hal itu kepada ketentuan Allah.

“Hanya Allah SWT akan menentukan takdirnya, sebab, kita boleh rancang apa sahaja sekarang, tapi kalau Allah kata ya, yalah. Kalau Allah kata tidak, maka tidaklah.

“Jadi, kita serah kepada Allah untuk tentukan,” katanya.

Rabu lalu, Anwar yang merupakan Presiden PKR berkata beliau menjangkakan akan mengambil alih jawatan perdana menteri sekitar Mei 2020.

Dalam satu temubual bersama Bloomberg Televisyen, anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

MK

Post a Comment

0 Comments