Apecerr Pejuang #foodpanda - Kabinet Pun Tak Lapor, Kan Atuk Dah Sound.. Hahaha


Pendirian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung skim pembayaran baharu bagi penghantar makanan, Foodpanda tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kenyataan Ahli Parlimen Muar itu sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan PH.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yakin Syed Saddiq mempunyai sebab-sebab tertentu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Itu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet langsung. Itu bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menerusi akaun Twitter miliknya mengingatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia supaya tidak angkuh.

“Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.

"Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna," katanya.

Kenyataan itu susulan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das membayangkan syarikat itu tiada masalah dengan mogok penghantar terhadap skim pembayaran baru mereka.

Utusan

Post a Comment

0 Comments