Semalam, Menteri Industri Utama YB Teresa Kok “bersembang santai” atau lebih tepat lagi “berkempen” di No 4, Jalan Pinang, Bandar Permas, Tanjung Piai.
Secara “kebetulan”, para hadirin diberikan sebotol kecil minyak sawit- “Harvist Premium Extra Red Palm Fruit Oil”.
Teresa Kok datang ke Tanjung Piai dengan kereta rasmi Perdana Limousine dan membuat promosi kelapa sawit sambil mengambil peluang berkempen jauh lebih awal daripada tarikh yang diizinkan.
Persoalannya apakah ini sesuatu perbuatan yang direstui oleh pihak berkuasa? Apa kata SPR dan BERSIH? Adakah ini satu amalan dan teladan yang baik?
Perlu atau tidak kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri dan MPOB kerana mempromosikan kelapa sawit di Tanjung Piai walaupun ia hanya dijalankan selepas Ahli Parlimen asal meninggal dunia pada bulan lalu?
Kita sama-sama berdoa agar pemimpin-pemimpin negara India dan China akan membeli lebih banyak kelapa sawit dari Malaysia selepas mendengar ceramah politik Teresa Kok di Tanjung Piai semalam.
Oh ya tak ya, PM kata Menteri PH kuat menabur di Tanjung Piai cuma “kebetulan” saja! Teresa “terbawa” kereta rasmi dan “teragih” minyak kelapa sawit sambil berkempen demi “nusa dan bangsa”.
Tabur, tabur, tabur,
Dedak, dedak, dedak,
BERSIH, BERSIH, BERSIH,
SPR, SPR, SPR,
Diam, diam, diam,
Hahaha😂😂😂
Wee Ka Siong
0 Comments