Isu RM48juta LTAT - Najib Balas Rafizi.. Perlu Ke Rafizi Bodohkan Netizen?


Benarkah Rafizi ini lulus accounting ataupun dia sengaja nak tipu?

Dalam prinsip akauns, rumah yang sudah siap dibina oleh pemaju adalah "inventory held for sale in normal course of business" berdasarkan "net realisable value atau kos pembinaan".

Tak ada salahpun.

Laporan audit E&Y cuma kata 88 unit kondominium bernilai RM45 juta masih tidak dijual sejak pembinaannya selesai pada tahun 2015 sehingga Disember 2018.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/laporan-audit-ey-mendapati-pelbagai-kelemahan-kewangan-di-ltat-218526

Laporan audit itu TIDAK kata kondo-kondo itu direkodkan sebagai "sudah dijual" untuk menunjukkan keuntungan seperti apa yang Rafizi dakwa.

Kalau betul dakwaan Rafizi dan ianya direkodkan sebagai sudah dijual padahal belum lagi dijual, maka ini JELAS adalah penipuan akaun atau "fraud".

Ini kes jenayah tapi LTAT sendiri mengesahkan tidak ada unsur jenayah pun.

"Tiada unsur jenayah dalam kepincangan kewangan LTAT, kata pengerusi "
https://www.malaysiakini.com/news/493878

Lepas membuat kesilapan amat besar itu, Rafizi pula tuduh netizen-netizen yang komen kat page dia sebagai bodoh 1, bodoh atau bodoh 3.

Ko ini dalam kategori berapa pula, Piji?

Piji tak mahu ajak LTAT ke mahkamah kerana dividen 2% paling rendah dalam sejarah ke sekarang?

NajibRazak

Statement Rafizi : LTAT DAN JENIS-JENIS KEBODOHAN

Sejak pengumuman dividen 2% oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), ada pelbagai pihak yang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan.

Ada yang ke depan dari kalangan penyokong dan pemimpin UMNO yang mahu menunjukkan kebodohan kerana ingin membandingkan prestasi dividen 2% ini dengan dividen yang lebih tinggi (kononnya) semasa Najib menjadi Perdana Menteri dulu.

Tidak kurang juga juak-juak dari PAS yang tidak mahu kalah menunjukkan kebodohan dan memuji kehebatan (kononnya) keuntungan LTAT semasa Najib.

Saya kata mereka ini berlumba menunjukkan kebodohan kerana jelas sama ada mereka tidak faham laporan juru audit dari Ernst & Young. Kebanyakannya tidak mahu membaca pun laporan juru audit mengenai kedudukan kewangan LTAT setelah dijarah (perkataan yang suka diguna Najib) oleh Najib.

Sebelum saya huraikan bentuk-bentuk kebodohan yang timbul, sila hadam rumusan laporan juru audit Ernst & Young mengenai pembohongan kewangan di LTAT di zaman Najib (sumber: laporan The Edge https://www.theedgemarkets.com/article/investigative-audit-reveals-7-financial-irregularities-and-weaknesses-ltat):

“.......
Menurut juru audit Tetuan Ernst & Young, terdapat tujuh penemuan utama yang berlaku akibat penyelewengan dan kelemahan kewangan:

1. Pendapatan terkumpul (retained earnings) telah terjejas berikutan bayaran berlebihan dividen
Pulangan aset lima tahun LTAT dari TK2014 hingga TK2018 (selepas diasingkan keuntungan sekali atau one-off gains) adalah lebih rendah daripada kadar dividen yang diisytiharkan. Ini telah menyebabkan dividen LTAT membayar pada kadar yang lebih tinggi daripada yang mampu. Untuk menguruskan keadaan ini, LTAT akan membangunkan dasar dividen yang munasabah, yang termasuk menentukan kadar pulangan minimum pelaburannya. LTAT kemudiannya akan mewujudkan rangka kerja peruntukan aset strategik untuk memenuhi kadar dividen yang dijangka minimum.

2. Pembohongan nilai aset LTAT antara tahun 2015 dan 2017
Ini disebabkan kegagalan untuk menunjukkan nilai aset sebenar (impairment) salah satu pelaburannya yang besar apabila nilai sebenar (recoverability) dana itu terjejas selepas penjual yang menjamin pembelian semula saham itu diisytiharkan muflis di Malaysia pada tahun 2015. Kegagalan untuk menunjukkan penurunan pelaburan itu telah menyebabkan aset LTAT dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dari nilai sebenar antara 2015 dan 2017. Hasilnya, penurunan nilai sebanyak RM55 juta perlu dibuat dalam keputusan kewangan TK2018.

3. Semakan kewangan (due diligence) tidak dilaksanakan dengan betul
Proses semakan kewangan (due diligence) dan semakan teknikal tidak dilakukan oleh LTAT sebelum melabur dalam syarikat di atas. Ia bukan berdasarkan dasar dan prosedur pelaburan yang baik.

4. Aset harta tidak terjual
Audit itu juga menemui beberapa masalah dengan aset hartanah tidak terjual bernilai RM45 juta. Ia berkaitan dengan 88 unit kondominium yang tidak terjual pada Disember 2018, walaupun telah siap pada TK2015. LTAT sedang berusaha untuk mempercepat penjualan unit-unit yang belum dijual. Melangkah ke hadapan, LTAT dengan berhati-hati mempertimbangkan potensi pulangan dan kepakarannya sendiri dalam pembangunan hartanah.

5. Risiko isu pendedahan kewangan yang berlebihan di dalam beberapa syarikat tertentu dan kecairan sejak tahun 2014
LTAT banyak menjual saham-saham yang baik untuk mendapat keuntungan segera. Juga ada peningkatan ketara dalam pemegangan saham LTAT Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya yang disenaraikan (di dalam Kumpulan BHB). Ini menyebabkan terlalu banyak tumpuan dana LTAT dalam segelintir syarikat di bawah Kumpulan BHB. Pendedahan kewangan LTAT kepada BHB Group meningkat hampir 50% daripada RM2.1 bilion kepada RM3.1 bilion manakala bilangan saham berkaitan meningkat sebanyak 83% daripada 833 juta saham dalam TK2014 kepada 1.525 bilion saham dalam TK2018. Untuk tujuan ini, LTAT akan melaksanakan inisiatif peruntukan aset strategik seperti yang dinyatakan di atas.

6. Dividen tertunggak daripada anak-anak syarikat yang sebenarnya tidak dibayar
Dividen yang tinggi yang diisytiharkan untuk TK2017 oleh beberapa syarikat subsidiari tidak dibayar sepenuhnya dan masih tertunggak sehingga tarikh ini. Dalam menangani ini, LTAT menilai semula keupayaan anak-anak syarikatnya untuk membayar dividen, dengan mengambil kira prestasi dan kedudukan tunai masing-masing.

7. Kurang kawalan dalam unit amanah
Amalan membeli unit amanah agar ahli menerima bonus istimewa didapati merugikan kerana LTAT kurang kemampuan untuk mengawal dan menguruskan dana secara aktif. LTAT mahupun ahli-ahli tidak dapat menguruskan pegangan unit amanah sehingga persaraan. Melangkah ke hadapan, LTAT mungkin mempertimbangkan saluran pelaburan lain yang akan membolehkan lembaga LTAT memenuhi objektif utamanya dengan lebih baik....”

Ringkasnya, kedudukan kewangan LTAT terjejas teruk gara-gara pentadbiran korporat ala Najib-Rosmah (boleh dipendekkan sebagai JARAH) seperti berikut:

a) Mengumumkan dividen untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan syarikat-syarikat LTAT rugi

b) Untuk menutup kedudukan kewangan sebenar LTAT, anak-anak syarikat dipaksa mengumumkan dividen sedangkan anak-anak syarikat itu tiada wang pun untuk membayar dividen. Akhirnya dividen atas kertas tetapi wang tiada

c) Saham-saham dalam syarikat yang untung dijual untuk mendapatkan keuntungan sementara bagi menutup lubang rugi keseluruhan

d) LTAT rugi besar apabila membeli syarikat pada harga yang tinggi dan dijamin boleh dijual kembali kepada tuan punyai sekiranya nilai jatuh. Akhirnya nilai jatuh dan tidak boleh dijual kepada tuan punya kerana tuan punya jatuh muflis. LTAT tutup pula kerugian ini dengan tidak menunjukkan nilai sebenar walaupun syarikat itu sudah tiada nilai

e) Unit kondominium yang belum dijual sepenuhnya diumumkan telah dijual untuk menunjukkan ada jualan dan ada untung, sedangkan wangnya tiada kerana belum dijual sepenuhnya

Najib dan sepupunya Hishamuddin boleh membodohkan rakyat yang mahu dibodohkan kerana taksub dengan kepartian dan perkauman.

Sebab itu timbul beberapa jenis bodoh baru ekoran pendedahan kedudukan kewangan LTAT ini.

Satu:
Orang menyeleweng yang menggunakan kebodohan untuk selamat. Contohnya Najib dan Hishamuddin. Pelbagai harta rakyat di bawah LTAT hilang dibawah pentadbiran sepupu sepapat ini tetapi mereka tahu mereka boleh membodohkan segelintir orang untuk selamat.

Kedua:
Orang yang dibodohkan kerana taksub dengan kepartian sehingga tidak mahu menerima segala fakta dan laporan audit bebas. Contohnya orang-orang Umno yang masih rindukan Najib dan Rosmah. Bukan saja laporan, malah dalam tahun 2016 dahulu pencen dan gratuiti pesara tentera pun lambat dibayar kerana masalah aliran wang tunai LTAT sehingga saya terpaksa bersuara dan ditahan. Bukti sudah dirasai sendiri oleh pesara tentera tetapi ramai juga jenis bodoh yang sebegini.

Ketiga:

Orang yang menjadi bodoh selepas mengikut orang bodoh dalam kumpulan satu dan dua. Contohnya orang PAS yang lebih sudu dari kuah kerana rindu hebatnya zaman Najib memerintah.

Soal PH popular atau tidak adalah hak rakyat untuk menentukan.

Anda boleh menolak PH sementara menerima hakikat yang Najib telah menjarah LTAT, Tabung Haji dan harta rakyat yang lain kerana anda mahukan prestasi yang lebih baik dari PH. Itu hak anda.

Namun, menolak fakta yang hakiki dan memutar belit keadaan dengan harapan orang lain menjadi bodoh seperti anda (sama ada bodoh nombor 1, 2 atau 3) adalah satu kebodohan.

Rafizi Ramli

Post a Comment

0 Comments