Najib vs Nga - Cepat2 Masuk Mahkamah.


Saya amat kagum bahawa Nga Kor Ming masih mampu cuba untuk memutar-belit dengan menuduh saya walaupun dia telah terbukti kantoikan berkali-kali

Siap berani menggunakan gelaran Timbalan Speaker untuk mengeluarkan kenyataan media penuh pembohongan ini.

Mula-mula, dia kata page Nga Kor Ming superfans itu menyamar dia dan tidak ada kaitan dengan dia.

Lepas itu dia kata page Nga Kor Ming Superfans tak pernah buat posting yang menghina sultan itu tetapi ada lagi page-page lain yang cuba menyamar page Nga Kor Ming Superfans yang membuat posting tersebut.

Pendek kata, dia tuduh ada page Nga Kor Ming Superfans palsu yang menyamar page Nga Kor Ming Superfans yang menyamar Nga Kor Ming.

Padahal ratusan ribu orang telah membaca posting menghina Sultan itu di page itu serta ribuan Rakyat Malaysia telah memberi komen untuk mengecam posting di page yang ada 600,000 pengikut itu.

Tapi Nga Kor Ming masih mampu untuk tidak mengaku.

Lebih menakjubkan ialah bukan sahaja posting menghina posting itu telah dipadam tetapi page Nga Kor Ming Superfans dengan 600,000 pengikut juga telah ditutup.

Satu persatu saya telah buktikan semua tuduhan dia adalah palsu dan page Nga Kor Ming superfans itu memang ada kaitan dengan dia serta posting itu memang pernah dibuat oleh page original Nga Kor Ming superfans dengan 600,000 pengikut - bukan dari page lain.

Kenyataan media dia hari ini tuduh bahawa saya telah memfitnah dia dengan kononnya menggunakan posting palsu "Nga Kor Ming Superfans" untuk memfitnah "nama baik" dia sebagai seorang "pemimpin beramanah".

Baiklah..

Dia tuduh saya fitnah dia.

Tapi... yang membuat laporan polis terhadap Nga Kor Ming dan "Nga Kor Ming superfans" itu adalah pihak istana Selangor yang mengikut arahan DYMM Sultan Selangor.

Jika saya fitnah Kor Ming, adakah ini bermakna Istana Selangor juga telah membuat laporan polis palsu dan juga telah memfitnah Kor Ming?

Kor Ming tak mahu buat laporan palsu atau mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengecam Istana Selangor ke?

Tunggu apa lagi?

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments