Perkara ini timbul susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk MD Alwi Che Ahmad (UMNO) sebagai Ketua Pembangkang di situ.
Mulai hari ini, selepas Muafakat Nasional, sebenarnya Kelantan sudah tidak ada ketua pembangkang kerana saya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang dan kami semua (wakil rakyat Barisan Nasional) adalah penyokong kerajaan (negeri), katanya.
Ini bermakna, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai barisan pembangkang.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah seluruhnya kerajaan. Menurut Alwi, wakil rakyat barisan nasional hanya ‘penyokong kerajaan’ dan bukannya adalah wakil rakyat dari kerajaan negeri.
BELANJAWAN NEGERI DEFISIT
Kerajaan negeri Kelantan membentangkan belanjawan negeri itu dengan melaporkan terdapat defisit sebanyak RM40.07 juta.
Ini adalah 31.4% atau 11 juta lebih tinggi dari defisit belanjawan tahun 2019 yang dibentangkan tahun lepas.
Menteri Besar Kelantan YB Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun terdapat defisit belanjawan, kerajaan negeri telah mencatatkan lebihan belanjawan selama dua tahun berturut-turut, iaitu RM38.2 juta (2017) dan RM40.4 juta (2018).
Kerajaan negeri lain dijangka akan membentangkan belanjawan negeri masing-masing dalam jangka masa terdekat ini.
Rnggt
0 Comments