Cukai Petak - Menteri Ingat Rakyat Bodoh Ke?



Menteri PH umum sistem Cukai Petak akan gantikan sistem Cukai  Tanah di Wilayah Persekutuan (Perak juga) bermula 1 Januari 2020.

Menteri janji penukaran sistem cukai ini tidak akan membebankan Rakyat.

Namiun, realitinya berbeza.

Negeri Selangor menjadi negeri pertama untuk ganti Cukai Tanah dengan Cukai Petak pada 1 Jun 2018 selepas PRU14.

Akibatnya, ramai warga Selangor  mengadu bahawa cukai mereka telah naik.

Ada yang naik sebanyak 750% lebih tinggi.

"Petaling Jaya resident Peter Foo, 76, has to pay RM292 – compared to RM34.11 previously – for his unit, which is categorised as a commercial development. This is a 756% hike."

"April 2019: Drastic quit rent hikes after change shock apartment owners"
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/04/26/drastic-quit-rent-hikes-after-change-shock-apartment-owners

Begitu juga dengan Pulau Pinang yang  melaksanakan Cukai Petak pada 1 Januari 2019.

Rata-rata penduduk Pulau Pinang juga mengecam kerajaan kerana cukai mereka naik berganda.

"Disember 2020: New quit rent burning holes in pockets, says group"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/12/14/new-quit-rent-burning-holes-in-pockets-says-group/

Kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang juga melaporkan hasil mereka dari sistem cukai yang baru ini adalah berganda lebih tinggi berbanding dahulu.

Sebab itu mereka tukar sistem cukai.

Jika hasil kerajaan tak naik, buat apa PH berebut-rebut nak buat cukai baru?

Ramai Rakyat yang sudah terkesan di negeri-negeri lain.

Tapi Menteri ingat Rakyat bodoh?

Sistem cukai baru tak bebankan Rakyat?

Masih mahu tipu Rakyat?

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments