Denda RM2k Sebab Tak Pergi Solat Jumaat. Korang Rasa Okey Ker?

Denda sebab tidak solat jumaat, kami tidak rasakan ia tidak patut diadakan. Tetapi pelaksanaan denda seharusnya menjurus kepada memberi kesedaran kepada umat islam dan memastikan denda yang dikenakan tidak akan memberi bebanan kepada mereka. Hukuman daripada Allah semestinya akan diterima dan akan diadili seadilnya.

Tidak hadir solat jumaat didenda dan bagaimana pula bagi mereka yang hadir solat jumaat tetapi tidak solat dan hanya bersembang dikaki lima masjid. Malahan ada yang membuat bising.

Pendapat kami, kami menyokong usaha supaya memberi pengajaran kepada mereka yang tidak solat jumaat tetapi mestilah lebih kepada memberi nasihat terlebih dahulu dan bukannya menghukum dengan hukuman yang membebankan. Mungkin denda hanya pada 3 angka dan bukannya 4 angka yang membebankan.

Malaysiakini | Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap hukuman dikenakan terhadap sekumpulan lelaki di Terengganu kerana ponteng solat Jumaat.

Penyelaras undang-undang LFL Zaid Malek berkata hukuman denda lebih RM2,000 dan sebulan penjara terhadap enam lelaki itu berlebih-lebihan.

Sudah tiba masanya rasional hukuman penjara dan denda terhadap pihak yang ponteng solat Jumaat dan kesalahan seumpamanya dipertimbangkang semula. Walaupun tindakan itu dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak dalam masyarakat Muslim, hukuman jenayah adalah berlebih-lebihan dan bukan cara untuk menanganinya

Pada 1 Disember laku, Mahkamah Syariah Hulu Terengganu, Kuala Berang mengarahkan enam lelaki dipenjara sebulan dan didenda selepas mengaku bersalah meninggalkan solat Jumaat.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah dengan berkelah di Air Terjun Sekayu antara jam 1 hingga 1.50 petang pada 23 Ogos lalu.

Seorang tertuduh didenda RM2,500 manakala lima lagi didenda RM2,400.

Kesemua mereka dicekup ketika operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menggunakan pemantauan anggota wanita terlebih dahulu.

Penguat kuasa lelaki melakukan serbuan sebaik selesai solat Jumaat.

Dalam kenyataan hari ini, Zaid berkata Islam adalah sebuah agama kasih sayang, adil, belah ihsan dan sederhana.

“Dengan semangat prinsip Islam ini, kami gesa menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam meneliti perkara ini dan menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Zaid juga berkata apa yang berlaku di Terengganu itu bertentangan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof bahawa kerajaan sedang menyemak semula sistem perundangan bagi menjadikan hukuman bersifat memulihkan dari menghukum.

“Dakwaan gagal hadir solat Jumaat ialah perkara peribadi yang negara tidak patut campur tangan atau tadbir,” kata Zaid lagi.


Post a Comment

0 Comments