Maknanya DAP Sokong Tun M Jadi PM Berbanding Anwar La Kan?

Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan agar ahli-ahli partinya tidak membuang masa mempersoalkan isu peralihan kuasa perdana menteri.

Jelas Lim, tiada pihak yang seharusnya mempersoalkan peralihan jawatan perdana menteri dari Dr Mahathir Mohamad kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana ia kemungkinan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 yang akan berlangsung pada Nov tahun depan.

Jangan buang masa mempersoalkan peralihan kuasa ini, dan jangan biarkan ada mana-mana pihak yang masih mempersoalkannya kerana ia mungkin akan berlaku selepas APEC 2020, kata Lim kepada 372 perwakilan dalam konvensyen hari ini.

Meskipun Dr Mahathir dan Anwar berulang kali memberi keyakinan peralihan kuasa itu akan berlaku seperti yang dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, belum ada tarikh tepat dinyatakan.

Bagaimanapun, pada 11 Nov lalu, Dr Mahathir dipetik Reuters sebagai berkata bahawa beliau akan menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas APEC 2020 yang akan diadakan di negara ini pada Nov tahun depan.

Sementara itu, Lim juga mengingatkan ahli parti agar tidak membuang masa mengenai masalah dalaman di khalayak ramai.

Perselisihan dalaman perlu dibincangkan di belakang pintu tertutup, apa yang berlaku kepada rakan gabungan mempengaruhi pihak lain di PH juga, katanya.

Lim juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan kesetiaan dan pengorbanan para pemimpin veteran parti.

Kata Lim, ramai pemimpin DAP telah dipenjarakan kerana berpegang pada prinsip mereka.

Jangan lupa pengorbanan pemimpin veteran kita. Sebagai contoh, pemimpin kanan Lim Kit Siang, yang menolak jawatan menteri dan kekal sebagai ahli parlimen. Ia menunjukkan anda boleh menyumbang kepada parti dan negara tanpa memegang sebarang jawatan dalam kerajaan," kata Lim yang juga ahli parlimen Bagan.


Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments